Romadhon Kareem. Allohu Akram. Selamat berpuasa diucapkan kepada semua yang sedang membaca. Sahur apa pagi tadi? Macam mana terawih semalam?
Hari ni nampak ada jugak orang update dan share cerita mereka terlepas bangun sahur. Hurmm..maklumlah hari pertama, kan. Belum boleh adapt kot perubahan waktu dan keadaan walaupun dah menempuh banyak kali Romadhon dalam hidup ini. Ikutkan hati ni memang tak larat jugak nak bangun. Tapi gagahkan diri jugak la. Tu pun dah last minit jugak tadi
Kebetulan dalam group rasmi kerja aku, ada pegawai JPN share satu web atau aplikasi atau servis (comfuse nak sebut apa) cara mudah nak terkejut sahur . Sesuai sangatlah untuk yang selalu liat nak bangun atau terkejut time sahur
Walaupun boleh je guna alarm kat telefon, yang ni kalau nak kelaiann sikit, boleh laa.. hehe
Korang boleh try kat sini :-
Penuhkan form tu, masukkan nama, email, nombor telefon. Setiap pagi selama sebulan mereka akan call kejutkan anda untuk bangun bersahur.
Oh ya.. servis ini percuma sahaja. Jom cuba. In sya Allah, membantu
sangat menarik aretikel ini... sekarang susah utk bangn sahur.. apa kelibahan bangun saur yurp? https://www.sistemguruonline.my/2017/03/login-saps.html
ReplyDeleteSA auto bangun kul 4am..kul 5am dh tutup lampu balik..tido kejap then bangun for subuh..
ReplyDeleteKekya mmg dah set jam sesiap ... takde la tak abngun sahur setakat ni mmg bgun sokmo
ReplyDeleteMiza amalkan tepuk bantal sambil niat dan berselawat nak bangun pukul bape esok. InsyAllah menjadi
ReplyDelete