Korang selalu beli roti kan. Buat breakfast atau brunch atau pun buat alas perut tatkala kelaparan. Sekurang-kurangnya boleh elakkan menggigil teruk (kerana perut kosong, lapar) bagi orang yang mengidap GASTRIK
Ada kawan saya sorang ni, dia anak sulung dari 13 orang adik beradik. Dia cerita, setiap pagi, akan habis 2 buku roti gardenia yang size besar tu untuk satu sesi sarapan satu family dia.. ermm minat betul roti kan
Kat rumah ni pun laku jugak roti ni. Selalunya brand gardenia la. Tapi kadang-kadang bermusim juga. Kadang-kadang nak beli size besar, takit tak habis, nak beli size kecik takut tak cukup. Kadang-kadang pulak , yang size besar tu 2 hari je pun boleh habis.. Adakalanya beli saja-saja jer, tak makan pun sampai la tarikh luput..sampai naik kulat hijau, last last buang gitu jer... berdosa betul membazir...hurmm
Cuma kalau terperasan ada roti kat atas meja dan kalau terbelek tarikh luput dah nak hampir tuu, cepat-cepat duk mai idea cara nak habiskan roti sebelum ia betul-betul expired..... contohnya buat roti telur..hehe
Ye la.. budak-budak mungkin boring makan roti sapu dengan jam kacang atau coklat. Kalau goreng dengan telur macam ni, laku keras dan cepat habis sekelip mata
Roti telur semua orang pandai buat kot. Tak perlu la resipi beria sangat. Pecahkan 4 - 5 biji telur dalam mangkuk (aku tak campur garam), pukul telur, celup roti dan goreng dengan sedikit minyak zaitun atau kuali ajaib tanpa minyak. Kalau ada baki telur tadi tu, buat je scrumble egg. Dah .. selamat dinner kitorang
Selamat mencuba
Petang tadi makan roti telur jugak. Hehe. Sedap :)
ReplyDeleteBaru makan roti dengan sambal sotong lunch arinie..
ReplyDeleteMemang roti boleh dipelbagaikan.. janji rajin.. Hahaha..
Cara paling mudah kan.. Kalau ada serbuk roti, boleh salut dengan serbuk roti lepas tu goreng. Fuh sedap juga.
ReplyDeletehttp://www.reenri.com
pagi tadi pun makan roti telur..
ReplyDeletememang laku kalau buat..hehe..
2 3 hari pun still leh makan...klu dh nek ragi tu kiranya dh ada microorganism
ReplyDeletesalam haah, familysaya buat macam ni jugak , bila sorang daa buat semua ikot. roti tak sempat expired
ReplyDeletegood idea..x penah tpikir pulak
ReplyDeleteHehehe kekya mmg sellau laa buat utk anak2
ReplyDelete