Murka Allah datang dalam pelbagai cara. Tak semestinya murka Allah dengan pembalasan langsung ataupun bila hamba-hambaNya melakukan dosa , Allah akan terbalikkan bumi, disambar petir, diturunkan bala kemarau panjang, bah besar, kemalangan ngeri, atau mengidap macam-macam penyakit
Tapi... mungkin bila Allah murka atau tidak pedulikan kita lagi bila rasa malas dan hilang nikmat nak berdoa, rasa nak meminta merayu mengadu dengan Allah, solat pun express je tunggang langgang, bila mengaji pun setahun sekali (itupun mujur ada bulan Ramadan)....Mungkin juga hilang rasa nak bersyukur, hilang rasa ketenangan (asyik serabut je)
Mungkin juga dengan rasa tak bersalah langsung terus menerus melakukan dosa , mungkin rezeki tersekat-sekat, mungkin dengan penambahan harta kekayaan tapi disusuli dengan kesombongan...
Itulah... masa Allah bagi peluang yang terbentang luas... di sia-siakan... tunggu dulu tunggu dulu, sedar-sedar je dah ada dalam kubur... sesal pun tak guna... Nauzubillaah
Bayangkan... kalau orang yang kita sayang, marah atau sudah tak pedulikan kita lagi sebab masa dia pedulikan kita, kita tak hargai dan buta dengan segala perhatiannya.... mesti sedih kan... kan... kan
Cepat-cepat lah tarik perhatian Allah semula... rapatkan hubungan, buat suruhan, tinggal larangan... mati pun entah esok entah kan lusa, sekejap lagi pun boleh jadi mana tahu? Semoga kita semua pulang ke negeri abadi sana bukan dalam kemurkaan Allah
Itu pesanan untuk aku sendiri jugak dan korang sekali laaa
Selamat berpuasa
selamat berpuasa :)
ReplyDeletesobs. tq menyedarkan beta. Beta sangat insaf.
ReplyDeleteSelamat Berpuasa..
Moga dijauhkan dari golongan yang dimurkai Allah.. :'(
ReplyDeleteAllahu, moga dijauhkan dari rasa malas tersebut.
ReplyDeleteP/s: Selamat berpuasa Cikgu Nizam & family.
Allah nak tengok macam mana kita..
ReplyDelete