Tips Penting Bisnes
1. Depani ketakutan. Hadap ia dengan watak berani. Tangguhkan penilaian.
2. Bangun awal pagi. Awal dari dahulu. Tidur awal jam 10 malam. Bangun jam 3 pagi. 3 jam awal adalah untuk belajar ilmu agama dan beribadah kepada Allah.
3. Beri tanpa nanti. Kongsi tidak berhenti. Hulurkan tangan, ringankan beban. Simpan Log Budi. Usaha balas budi sebelum mati.
4. Ambil berat. Senyum dan tebarkan salam. Hati bening memantul.
5. Terus melangkah walaupun luka berdarah, kepala terhantuk pecah. Tulis "jibunsyi" - jurnal diri kisah hidup peribadi menangani kesusahan diri. Simpan untuk tatapan anak cucu - formula untuk mereka bingkas bangun nanti.
6. Terobos dunia huru hara. Tenang dalam belantara berpuaka.
7. Memimpin walaupun seorang diri. Serlahan terang akan menarik orang.
8. Labur untuk diri. Hujung minggu waktu belajar.
9. Sentiasa "rasa bodoh" untuk penuhi RIT "Rasa Ingin Tahu".
10. Dapatkan hasil tatkala boleh beri alasan sebagai pilihan.
11. Cari penjelasan untuk diri masa kita disuapkan "fakta".
12. Belajar "minta maaf" bukan sekadar pandai "minta kebenaran".
Redah itu adakalanya lebih baik dari "saya yang menurut perintah".
13. Buat buat buat sampai dapat. Buang Ego , buat duit.
14. Berlari laju walaupun berterusan diusik hantu puaka. Usah sekalipun berhenti berjalan walaupun diterpa salakan anjing yang berbunyi tanpa henti.
15. Sentiasa "baik budi" pada orang yang menghina kita. Usah layan ajakan bertumbok. Usah pula ajak orang lain bertumbok. Berdamailah dengan diri.
16. Hadapi "deadlines" yang tidak munasabah dan tambah hasil "unparalleled".
17. Bertanggungjawab pada tindakan kita. Tatakala semua jalan hampir tertutup, tetap yakin Allah ada untuk memohon pertolongan.
18. Tahu Turning Point kita. Tidak Putus Asa. Tawakal "udara" pada Allah yang Esa. Mati mahu berjiran di syurga.
KREDIT : Nota Bisnes Dato' Roslan Ab Hamid
suka no.6 hehehe
ReplyDeleteNo. 5. Terus melangkah walau kepala berdarah. Wow
ReplyDeletewah ! good tips ;)
ReplyDeletepanduan untuk semua rakan-rakan online sellers... #efg team
ReplyDeletedeep.
ReplyDeleteTidur awal jam 10 tu yg saya perlu perbetulkan diri ni.. Thanks sharing.. :)
ReplyDeletebagus tips ni :D
ReplyDeletetips yg berguna sentiasa berfikiran positif la maksud keseluruhannya ni kan...
ReplyDeletesemua bagus ni
ReplyDeletetips yang bagus..
ReplyDelete