24 March 2020

5 Pizza Place In KL That You Can't Miss!

Siapa je yang tak suka pizza bukan? Sejak mula diperkenalkan di Itali, pizza telah melalui pelbagai transformasi, pelbagai rekaan toping dan stail sehingga tersohor di serata dunia, digemari kebanyakan manusia. Pizza disajikan serta dimakan dalam pelbagai cara dan dihiasi pelbagai side dish yang menarik. Kalau anak aku , pergi pizza hut tu makan pizza nya secoitt jer, yang diorang lebih teruja tengok nak makan juadah sampingan dalam menu tu haa ayam madu, spageti, bebola ayam, udang tempura, kek volcano dan tak lupa kegemaran kanak-kanak sepanjang zaman iaitu aiskrim.. End up pizza tak larat nak habiskan kat restoran, tapau je bawak balik rumah... Kalau ada lagi esok, panaskan dalam oven.. kihkih


beberapa aksi di pizza
beberapa aksi di pizza


5 Pizza Place In KL That You Can't Miss!


Pizza delivery  dah jadi trend  , order makanan pantas untuk orang sibuk nak keluar dari office waktu lunch, untuk juadah meeting (meeting makan pizza kauuu!), nak celebrate birthday atau keraian lain atau taknak masuk traffic jam kat KL ni haa. Hanya di hujung jari, mudah ! Order, klik.. rileks-rileks tunggu je pizza sampai.

This is 5 Pizza Place In KL That You Can't Miss! Mari kita terjah


1. Domino's Pizza (Brickfields)

DOMINO'S PIZZA
DOMINO'S PIZZA

Kat Malaysia ni, siapa je yang tak kenal Domino's Pizza kan. Kepopularannya dah boleh tewaskan pizza hut. Dengan tiga kategori pizza iaitu Favorites Pizza, Classics Pizza, First Class Pizza, lebih 20 jenis pizza ditawarkan dan hampir 10 jenis sides dish (chicken, bread, pasta) serta kek , Domino's Pizza sememangnya menjadi pilihan ramai masa kini.

Tengok SINI  untuk order online dan pizza delivery dengan food panda..  waktu penghantaran setiap hari dari Isnin hingga Ahad  bermula 10:30 PAGI - 9:30 MALAM..




2. Pizza Hut Delivery (Bangsar)

Pizza Hut Delivery Bangsar
Pizza Hut Delivery Bangsar


Perghh... pizza hut. Pizza tersohor serata dunia termasuk lah dalam negara kita ni. Kat mana-mana saja ada Pizza Hut. Offer pun kerap tak kira musim. Bermacam-macam pizza yang best-best keluar untuk satu-satu tempoh musim terhad.

Sekarang ni , ada promo gak tau.. Nikmati 30% DISKAUN untuk Regular dan Large Pizza. Tambahan lagi 30% OFF dengan kod baucer PANDAPAL dengan nilai minimum RM20.. Haa apa lagi tungguuu , cari foodpanda  sekarang untuk pizza delivery

Pizza Hut macam biasalah ada stail mybox, favorite pizza, supreme pizza, combo dan sides dish yang macam-macam


3.  Layali El Sham Restaurant

Woww... restoran arab. Bertemakan Timur Tengah , Mediterranean, Turki dan Mesir. Terletak di Jalan Pudu, Bukit Bintang. dibuka bermula 9.30 pagi. Delivery sampai 11.00 malam. 

Di Layali El Sham Restaurant mempunyai 8 stail pizza dengan harga berpatutan antara RM 28.00 - RM 36.00. Katanya portion makanan kat sini besar. Sesuai gitu untuk  keluarga besar. Suasana pun cool. Dari menu breakfast, lunch, dinner, brunch, supper semua boleh. Tempahan katering pun ada untuk sebarang occasion dinner atau birthday.

salah satu pizza yang korang boleh order : Pizza Shrimp
salah satu pizza yang korang boleh order : Pizza Shrimp



4. Mikey's Original New York Pizza (Mid Valley)

Mikey's Original New York Pizza
Mikey's Original New York Pizza

Macam mana rasa pizza New York? Tak payah pergi jauh-jauh oversea sana dah.. Kat Malaysia pun ada nun di Mid Valley sana. Nak rasa Itali dan American sebenar dengan saiz yang besar gedabak? ni lah dia kot. Order satu je dah boleh jamu satu office. Menu pun banyak..

Sekarang ada 20%  DISKAUN kalau nilai pesanan minima RM 5.00.. Tambahan lagi  30% OFF dengan kod Pandapal.

Malas nak tempuh jamm ke Mid Valley? Jangn risau.. pizza delivery kan ada.. check it out!

5. Pezzo (NU Sentral)

PEZZO
PEZZO

Tuudiaa.. pizza jadi pezzo. Stail kan.. tengok gambar pun dah menggiurkan, apatah lagi merasanya. Full Pan 14" Pizza semua harga sama RM 42.90. Antaranya BBQ Bonanza Pizza dengan variasi ayam oreganonya berserta bawang merah. Ada Hola Hawaiian Pizza, Supremo Pizza, Chicken Delight, Cheesy Cheese, tak dilupakan juga Very Veggie Pizza untuk penggemar sayur tegar. Mix and Match Pizza pulak boleh campur sehingga 6 perisa yang berbeza dalam 6 keping pizza pan kegemaran korang. Pilih je ok. Harga RM 49.90

Terletak di lokasi strategik dan menjadi tumpuan ramai orang terutamanya yang nak naik MRT atau LRT di KL Sentral Station.. dah lalu lalang kat situ kalau terbau aromanya, memang tergoda lah nak beli... 



Pizza delivery dengan foodpanda sedia menghantar pizza terunggul di kawasan anda, memastikan korang boleh menikmati kesegaran maksima dan perisa penuh.. Ingin rasa klasik yang sempoi? Cuba Margherita yang sedap, piza keju Neapolitan dari Campania. Kalau nak klasik, pesan piza Marinara yang merupakan alternatif dibuat dari sos tomato yang menyelerakan, dengan perasa bawang putih dan oregano serta dihidang dengan keju. Jika tidak, kemanisan dan keenakkan kombinasi piza Hawaii atau piza capricciosa memang sesuai...

Jommm order PIZZA!!


2 comments:

  1. sedapnye pizza...buat kudapan petang petang nanti menarik...thanks for the share...

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan..singgah petang disini rakan blogger ..semoga succsess selalu

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.