07 February 2020

Maafkan Orang Yang Pernah Memarahimu, Itu Saja Cara Untuk Tenang


DARI ARTIKEL ASAL : MOHD FHAIS

Saya dulu perasan teror didik anak. Bila jeling mata anak takut, saya bangga. Anak terkinja-kinja, tengking sikit diorang behave, saya bangga.

Dalam otak masa tu fikir mudahnya nak kawal anak dengan ketakutan. Benda lain memang tak jalan, ketakutan sahaja berkesan.

Marah itu mudah, berkesan & praktikal untuk kawal anak. Tapi ada side effect yang sangat sukar nak di rawat. 

Allahu. Sekarang annur rania dah besar sikit, sekarang kesan dari parenting yang konon hebat dulu jelas terpampang depan mata. 

Ada masa bila saya tinggi suara sedikit, rania akan cuak. Muka jadi pucat. Dia akan terus lari bila saya marah. Tak berani nak dekat walaupun saya dah senyum. 

Ada masa bila saya marah dia akan melawan. Bila bagi warning jangan ulang kesalahan yang sama, lagi dia akan buat. Kalau depan kita tak buat, belakang kita dia buat. 

Jelas sekali otak reptilia rania dah tak jinak macam masa kecil dulu. Liar sangat!

Itulah kesan parut emosi dari ketakutan yang saya tanam dahulu. Menyesal. Setiap kali pandang muka rania saya akan teringat zaman jahil sebagai parent dulu. 

Sebenarnya kita jadi parent yang mudah marah anak ni bukan sebab cara tu mudah atau berkesan tapi jauh di lubuk hati kita semua pernah alami situasi yang sama. 

Bak kata Datuk Prof Dr Muhaya, jika kita ni mudah sangat nak marah anak ada kemungkinan besar kita ni ada Childhood Trauma yang belum di ubati. 

Dalam diri kita sendiri ada trauma kena marah dahulu, tak hairan la bila anak buat perangai kita akan terkenang trauma tu. Secara spontan kita akan ulang buat pada anak pula. Sampai anak pula Trauma. 

Berasa lega lepas dapat marah anak? Hah, itu la Pleasure Effect bila kita turuti apa parut tu nak. Rasa semua yang terbuku di hati dapat di lepaskan. 

Ish. Kita lega tapi anak merana. Tak patut.

Kata Datuk Prof Dr Muhaya lagi, maafkan la semua orang yang pernah marah, kasari atau buat salah dengan kita dahulu. Itu sahaja cara untuk rawat Childhood Trauma yang kita alami. 

Maafkan & lupakan. Mula jadi orang baru.

Saya percaya ketenangan & kebahagian itu datangnya dari dalam diri. Jika kita boleh tenang & bahagia dari dalam, dari luar datang la anak buas macam mana pun kita masih mampu tersenyum riang.

Wallahu A'lam,


khalefa


3 comments:

  1. Susahnya nak lupakan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih bg motivasi ni .mgu ni anak asik kne mrh je..hhhuhh..sedihny.. takot effect anak nanti

    ReplyDelete
  3. Antara takut dan hormat..PC rasa sebolehnya didik anak untuk hormat.Kalau takut..nanti takut dengan ibu ayah sahaja sedangkan dengan orang lain berani.Kalau hormat inshaAllah dengan ibu ayah hormat dengan orang lain pun hormat sebab hormat ini ada kaitan dengan akhlak.Lebih baik anak hormat,berani berbicara terus dengan ibu ayah sendiri daripada terlalu berani dengan orang lain.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.