08 January 2020

RESIPI SAMBAL KELAPA IKAN MAK PALING SEDAP


Nasi himpit dengan sambal kelapa ikan rata-rata banyak dijumpai kat Ganu dan Kelate ni. Orang tua dulu-dulu suka sangat laa... Antara menu agak popular juga yang boleh kita tengok di warung-warung kopi waktu sarapan pagi.. Kalau balik kampung arwah ayah time raya, hah ini jugalah menu kewajipan santap di aidilfitri.. 

Rahsia keenakan juadah terletak tak lain tak bukan pada sambalnya.. Lain air tangan, lain juga lah rasa nikmatnya.. 

Sambal kelapa ikan pulok tu banyak jenis kan. Sambal kelapa untuk nasi kerabu lain stail, untuk solok lada bentuknya lain pulok, untuk kuih ketayap lain gayanya, untuk dibalut dalam otak-otak pulak sudah tentu berbeza..

RESIPI SAMBAL KELAPA IKAN MAK PALING SEDAP


RESIPI SAMBAL KELAPA IKAN MAK PALING SEDAP

Sambal ikan mak tradisinya tak letak pun kelapa. Tapi letak kerisik... Sesekali mak buat memang lah untuk dijadikan stok sebulan dua dalam peti.. Buat bekalan untuk anak-anak bawak pulang ke rumah masing-masing pun ye jugak

Sambal ikan disini bukanlah bermaksud ikan yang dimasak dengan sambal cili atau berlado atau bertumis.. Teksturnya lembut dan juicy.. tak kering macam inti karipap mini


RESIPI SAMBAL KELAPA IKAN MAK PALING SEDAP
nasi himpit bergabung bersama sambal ikan mak dan 
ayam tumis


BAHAN-BAHAN SAMBAL IKAN 

- 10 ekor ikan selayang (direbus dan ambil isi sahaja)

bahan tumbuk
- 15 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- 1 sudu teh lada hitam
- 1 paket gula melaka

- 3 sudu makan kerisik
- garam dan gula

CARA BUAT SAMBAL IKAN

1. tumbuk isi ikan selayang

2. tumbuk semua bahan tumbuk.. pastikan lumat betul-betul.. dilarang menggunakan blender

3. gaul semua bahan tumbuk bersama isi ikan selayang yang selesai ditumbuk.. masukkan garam dan gula secukup rasa

4. jika mahu, goreng sekejap di atas kuali tanpa minyak.. cara ini juga untuk menjadikan sambal ikan kita lebih bertahan lama

perghhhh... sedapnya

Selamat mencuba... 
siapa yang buat, cod kat aku sikit nanti ok

7 comments:

  1. Wah, ini pengenalan baru buat juju. Tq berkongsi resipi, nampaknya sgt menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. oh tak penah makan lak sambal kelapa ikan macam ni :D

    ReplyDelete
  3. pernah beli serunding ikan di pasar payang..tak pernah makan lg sambal ikan yg mcm ni..sedap nmpknya makan dgn ketupat palas..

    ReplyDelete
  4. wow.. mama tak penah cuba lagi.. boleh try la nanti

    ReplyDelete
  5. wowww sedapnya sambal nyor ike nihhh

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.