03 January 2020

BILA ANAK MASUK DARJAH SATU


Apabila seorang demi seorang anak kita masuk alam persekolahan, terasa terlalu cepat dunia ini berputar, dan terasa terlalu cepat zaman kanak-kanak mereka pergi... baru semalam terasa sebesar lengan, harini berlari langkah panjang-panjang

Terasa seperti genggaman tangan kita dan anak-anak semakin longgar, dan selangkah demi selangkah mereka menuju ke fatrah kita kembali hidup berpasangan.. terasa kita sudah semakin tua..


BILA ANAK MASUK DARJAH SATU


BILA ANAK MASUK DARJAH SATU
Alhamdulillah... kakngah ok je kat sekolah untuk hari pertama dan minggu awal persekolahan


Kita baru mula terasa, tetapi sudah sekian lama ibu dan ayah kita tempuhi. Mereka sangat sunyi tanpa tawa riang kita. Mereka kembali menjadikan bahu antara satu sama lain sebagai tempat melabuh kerinduan terhadap anak-anak...

Mereka menyembunyikan kesedihan... Mereka merahsiakan kesakitan dan kepedihan dan menzahirkan kegembiraan, sedangkan Dia sahaja yang tahu betapa perit melepaskan anaknya pergi berdikari.. makan sendiri, jalan sendiri, rebah jatuh - bangun jugak sendiri

Ya Allah bahagiakanlah ibu bapaku sebagaimana Engkau menjadikan dahulunya kepetahan dan kelincahan kami sewaktu kecil sebagai kebahagiaan  dan kegembiraan mereka..


BILA ANAK MASUK DARJAH SATU


BILA ANAK MASUK DARJAH SATU



8 comments:

  1. terasa cepat masa berlalu. anak sulong nak ambik SPM thn ni..

    ReplyDelete
  2. k.ngah ni kan? xsabar nak tgk adik msk sekolah..hihi

    ReplyDelete
  3. Allahu sebak baca penulisan post ni. Sungguh benar bagai dikata 😭

    ReplyDelete
  4. tahun ni anak buah masuk darjah 2. cepatnya masa berlalu

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  5. bila anak2 dah sekolah, mak bapak rasa makin menua, lumrah alam, masa berlalu seiring dengan usia

    ReplyDelete
  6. Cepatkan masa berlalu... sedar tak sedar, kita dah pun tua... rambut beruban...

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.