Apabila seorang demi seorang anak kita masuk alam persekolahan, terasa terlalu cepat dunia ini berputar, dan terasa terlalu cepat zaman kanak-kanak mereka pergi... baru semalam terasa sebesar lengan, harini berlari langkah panjang-panjang
Terasa seperti genggaman tangan kita dan anak-anak semakin longgar, dan selangkah demi selangkah mereka menuju ke fatrah kita kembali hidup berpasangan.. terasa kita sudah semakin tua..
Kita baru mula terasa, tetapi sudah sekian lama ibu dan ayah kita tempuhi. Mereka sangat sunyi tanpa tawa riang kita. Mereka kembali menjadikan bahu antara satu sama lain sebagai tempat melabuh kerinduan terhadap anak-anak...
Mereka menyembunyikan kesedihan... Mereka merahsiakan kesakitan dan kepedihan dan menzahirkan kegembiraan, sedangkan Dia sahaja yang tahu betapa perit melepaskan anaknya pergi berdikari.. makan sendiri, jalan sendiri, rebah jatuh - bangun jugak sendiri
Ya Allah bahagiakanlah ibu bapaku sebagaimana Engkau menjadikan dahulunya kepetahan dan kelincahan kami sewaktu kecil sebagai kebahagiaan dan kegembiraan mereka..
terasa cepat masa berlalu. anak sulong nak ambik SPM thn ni..
ReplyDeletesemoga dipermudahkan cikgu
Deletek.ngah ni kan? xsabar nak tgk adik msk sekolah..hihi
ReplyDeletekakngah ni cik nor
DeleteAllahu sebak baca penulisan post ni. Sungguh benar bagai dikata 😭
ReplyDeletetahun ni anak buah masuk darjah 2. cepatnya masa berlalu
ReplyDeleteLifestyle Blog | The Grey Lines Between
bila anak2 dah sekolah, mak bapak rasa makin menua, lumrah alam, masa berlalu seiring dengan usia
ReplyDeleteCepatkan masa berlalu... sedar tak sedar, kita dah pun tua... rambut beruban...
ReplyDelete