15 January 2020

Abuya Rasa Bersalah


Abuya rasa bersalah betul pagi semalam..

bersalah dengan kakngah abuya yang satu ni...

sebab sebelum pegi sekolah tu, dah siap-siap mandi solat subuh semua, dia baring-baring buat lambat-lambat nak siap.. pastu nangis-nangis ayam kedengaran suara dia cakap sakit perut, sakit perut.. manja sekali

abuya buat derkkk je laa sebab masa sekolah tadika sebelum ni, dia selalu berlakon buat macam tu dengan harapan abuya bagi ponteng.. ingatkan helah dia je...

tapi dah naik darjah satu ni takleh dah laa suka-suka hati taknak pergi sekolah macam tadika..

time masuk kereta hantar sampai sekolah pun ok lagi.. tapi muka moyot dah sikit

sekali dapat berita

tak lama lepas tu... kakngah muntah dalam dewan.. cikgu call 😟😟

ni dah dua orang pakej demam, si adik sudah masuk 3 hari... tak ceria dah dia seperti selalu. Muka dah cengkung sebab tak makan. Apa makanan dan air tak boleh nak telan, termuntah balik...

esok lusa janganlah abuya pulak yang kena


kakngah semasa hari ceria


emosi kakak tercedera.. cemburu itu perit

bila ternampak abuya dengan bonde ambik berat lebih sikit kat kakngah dan adik sebab demam...

tiba-tiba

kakak : " abuya,, kakak nak demam jugak lah kalau macam tu... kakak nak demam jugak.. "

hurmm

ada orang kecik hati rupanya dalam rumah ni sebab kurang layan dia..

masakk akuu.. masakk.. too hard to handle.. kihkih


zikir dulu walaupun lemah badan tak bermaya hero abuya ni



18 comments:

  1. Allahu. Semoga cepat sembuh. Sayu ja tengok muka anak2 😭

    ReplyDelete
  2. Moga segera sembuh ya wahai anak-anak.

    ReplyDelete
  3. kena bawa jumpa doktor cepat2 sbb skrg ni dah mula wabah influenza A d sekolah2.

    ReplyDelete
  4. get well soon

    ReplyDelete
  5. kesian kakak.. semoga cepat sembuh yer

    ReplyDelete
  6. alahai terasa hati kakngah ye. anak no 2 selalunya mmg gitu sentiasa nak perhatian dan tersa diri dia tak dipeduli. aboya jgn rasa bersalah ye nanti belanja kakngah dan me time dgn kakngah bebila. semoga semua sihat2 je

    ReplyDelete
  7. semoga cepat sembuh kakak..

    ReplyDelete
  8. Cepat sihat ye kakngah, kesian dia..

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.