25 December 2019

SINGGAH PERGUNUNGAN SAINA' : DI SEBALIK PATUNG LEMBU SAMIRI


Dan Kami selamatkan Bani Israel menyeberang laut itu (bahagian utara dari Laut Merah). Ketika mereka sampai kepada suatu kaum yang tetap menyembah berhala, mereka (Bani Israel) berkata, "Wahai Musa, Buatkanlah untuk kami sebuah tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan (berhala)!. (Musa) menjawab, "Sungguh, kamu orang-orang yang bodoh.!" - Surah Al-A'raf , ayat 138

Alquran telah menjawab tuduhan bible sebelumnya yang mendakwa Nabi Harun mencipta patung lembu emas. Sedangkan patung lembu emas itu telah dicipta oleh seorang lelaki bernama Samiri.. Alquran turun membersihkan nama Nabi Harun Alaihissalam. Dikatakan Samiri hanya berpura-pura menampakkan dirinya (try hard) beriman kepada Allah dan Nabi Musa sedangkan dalam sanubarinya bergelojak meronta-ronta masih mengamalkan ajaran tradisi nenek moyang, menyembah berhala

DI SEBALIK PATUNG LEMBU SAMIRI


Setelah peristiwa mukjizat Nabi Musa Alaihissalam dan kaumnya bani israel menyeberangi laut merah yang terbelah dua serta firaun dan tentera tenggelam di dalamnya.. Nabi Musa Alaihissalam diperintahkan Allah ke Bukit Saina untuk bermunajat dan menerima wahyu Allah sementara Nabi Harun Alaihissalam di amanahkan untuk menjaga kaumnya

Sepanjang pemergian Nabi Musa yang lama , salah seorang pengikut bernama Samiri seorang yang misteri dan turut dikatakan sebagai ahli sihir yang mahir bertukang mahu mencipta sembahan baharu seperti apa yang mereka sembah dahulu... Mereka mahu kembali kepada ibadah lama, walaupun telah ditentang Nabi Harun

Samiri meminta kaum bani israel menyerahkan barangan emas yang dimiliki, lalu diciptanya patung lembu daripada emas-emas tersebut sebagai sembahan yang baharu..

Patung lembu tersebut dijadikan boleh mengeluarkan suara. Sehingga kaum bani israel ini kagum dengannya dan kembali menyembah berhala. Mereka ingkar pesanan Nabi Musa supaya kekal beriman kepada Allah. Nasihat Nabi Harun juga tidak mampu menghalang kedegilan mereka. Ya, itulah kaum yang degil yang banyak sekali diceritakan perihalnya dalam Alquran



gambar zaman dulu kamera kodak je


Lembu Samiri yang tinggal sejarah.. singgah sebentar merenung ibrah dan sirah ketika persinggahan aku menuju ke Dahab (sebuah perkampungan kecil yang terletak di pantai Semenanjung Saina')



Semasa perjalanan juga, sempat singgah di Maqam Nabi Soleh Alaihissalam terletak di Saint Catherine

4 comments:

  1. Teringin nak ke sana..

    ReplyDelete
  2. Allahu. Terima kasih sharing. Doakan agar kami diberikan peluang ke sana juga 😊

    ReplyDelete
  3. subhanallah besarnya pengajaran dari sirah ini.. semoga mama pun ada peluang ke sana

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kongsi tentang ni.. :)

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.