Sejak kecik kalau laksa yang mak buat memang kuah putih je. Ingatkan tu asal kuah laksa Ganu.. rupa- rupanya kuah putih ialah kuah laksa Kelate. Laksa dan laksam kuahnya sama.. warna putih ni.
Bila masuk sekolah asrama di Batu Buruk dan first time merasa kuah merah, baru aku tahu bahawa kuah merah ialah laksa Ganu... Dan aku tak berapa nak boleh pergi dengan kuah merah.. putih lagi lazat.
Sesekali balik Seberang Perai Utara, Penang bila mak saudara masak kuah laksa penang pun,, barulah... hurmm tetapppp kuah putih menjadi idaman qolbu.. kihkih
RESIPI KUAH LAKSA KELANTAN
Bahan Kuah Laksa Kelantan
(untuk setengah periuk sederhana besar, kat kampung ramai kaum kerabat) :
1kg santan
2kg ikan selayang (rebus dan buang tulang dan kisarkan)
Kisarkan semua bahan ni :
Bawang merah - 15 ulas
Bawang putih - 5 ulas
Halia - 1 inci
2 batang serai - diketuk
Serbuk Lada Hitam - 2 sudu kecil
Satukan semua ke dalam periuk, masak sampai mendidih, tambah air jika terlalu pekat. Masukkan 4 asam keping, gula dan garam secukup rasa
Selamat Menjamu Selera
sedap ohh..:)
ReplyDeleteSedapnya. Suka semua jenis laksa 😍
ReplyDeletesuka laksam..
ReplyDeletePernah dapat laksam yg superrrrr sedap sekali je. Kuah memang cukup rasa & pekat. Lepas tu dah tak jumpa dah 😔. Nampak gaya gaya dah jumpa resepi aboya ni kena buat sendirilah jawabnya 😅
ReplyDeleteNi favourite saya ni.
ReplyDeleteLagi² saya pun memang anak jati tganu.
Kuah laksa putih, sama macam kuah laksam juga 😋
Done follow sini #575
sedapppp..sisyat suka sangat laksam..lagi2 kalau kuahnya kawww :-_
ReplyDelete