06 December 2019

BERBALOI GILER BELI BAJU SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Haaah..buat apa tu? Mesti tengah kira bajet kan. Hujung-hujung tahun cuti sekolah panjang ni biasalah masing-masing duk kira bajet macam-macam benda nak kena cari dan beli terutamanya kelengkapan sekolah anak-anak. Itu belum campur lagi budak-budak ni duk ulang ajak pergi holiday, insurans kereta hujung tahun termasuklah sekali dengan pakej baiki kereta itu ini baru je pagi tadi. Time-time macam ni lak kereta boleh buat hal kan. Gitulah kehidupan ada pasang surut dan turun naik dugaan

BERBALOI GILER BELI BAJU SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI 


Lagi tiga minggu sekolah sesi 2020 ni nak start, korang dah shopping ke belum baju sekolah anak, kain, seluar, kasut ,stoking, tudung, vest, beg, baju sukan, baju melayu sekolah agama, seluar track dan alat tulis? Jangan risau, semua kelengkapan sekolah anak-anak kesayangan korang tu boleh dapatkan  semestinya tak lain tak bukan di Pusat Pakaian Hari-Hari. Macam-macam ada dan sangat berbaloi. Gedung pilihan aku sudah tentulah Pusat Pakaian Hari-Hari Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. Terletak di lokasi strategik kawasan tumpuan orang ramai. Parking kereta pun senang, terus depan kedai. Rupanya ada 86 cawangan seluruh Malaysia. Boleh layari www.hari.com.my





SUSUN ATUR KEMAS DAN STAFF SPORTING


Sebenarnya memang sejak dua tahun anak aku mula masuk sekolah rendah ni memang shopping kelengkapan sekolah kat Hari Hari pun sebab berbaloi giler dan selalu ada promosi kaww kaww terutamanya kempen back to school. Bukan sekadar kelengkapan sekolah je ada kat sini, baju budak comel-comel pun ada. Haritu sekolah aku join pertandingan perarakan Maulidur Rasul pun memang aku ushar baju melayu budak kat sini sebab nak kena borong dalam kuantiti banyak dan warna yang sama untuk satu pasukan. Musim raya nanti kita cari baju raya pulak, cunn!

Masuk ajer gedung ni, terus saujana mata memandang bagaikan panahan cinta pertama dari mata turun ke hati. Masakan tidak, susun aturnya yang kemas , menarik dan mempesona membuatkan bukan sahaja si anak, malahan si bapak ini juga rambang mata nak pilih. Kawasan pula luas dengan bangunan dua tingkat. Anak aku apa lagi, sambil sibuk pilih baju sekolah, sambil tu la berlari-lari berkejaran. Boleh main hide and seek lagi. Mujurlah staff  Hari Hari sporting. Tak marah dan senyum saja melihat gelagat budak-budak ni selain mesra dan sangat membantu kita semasa membeli. 


Budak kecik yang belum sekolah lagi ni pun sibuk nak beli barang dia.. Belon-belon dan beg kartun-kartun menjadi sasaran utama dia. Pastu suruh orang kejar dia dalam Hari-Hari tu, tak cukup tingkat bawah, dia  naik kat tingkat atas. Mengucap kejap abuya..


KASUT DAN SELUAR SEKOLAH MURAH



Seluar sekolah boleh dapat dengan promosi RM 15.00 sementara seluar track pelbagai saiz antara RM 13.90 hingga RM 23.90. Baju kemeja sekolah hanya RM 5.00, samping sekolah agama warna hijau RM 9.90. Vest pun ada tu ha



Ni pula kawasan sangat penting juga bagi aku iaitu stoking dan kasut sebab selalunya kalau beli di hujung bulan, risau kehabisan stok, tak banyak pilihan dan susah nak cari saiz. Harga mampu milik  sekitar RM 15.00 hingga RM 30.00. Pilih saja yang mana berkenan. Sangat-sangat berbaloi lah kan


BAJU KURUNG SEKOLAH KUALITI TERBAIK


Terima kasih staff  Hari-Hari kerana membantu kakngah pakaikan kasut.. Maklumlah baru nak masuk darjah satu, manjalah sikit. Dah jumpa kasut kakngah, suka sangat dia. Balik rumah pun duk pakai kasut dan stokin dalam rumah


Inilah masanya abuya nak mintak sel-sel otak korang berhubung. Abuya suruh diorang cari sendiri baju sekolah yang mana satu berkenan. Haah cari... cari.. pilih...pilih



Dah jumpa uniform sekolah.. terus beli tiga pasang seorang. Jenis kain cotton berkualiti terbaik dan kemas. Kitorang pilih warna nila sikit. Taknak yang putih sangat, takut cepat lusuh. Baju kakak sehelai RM 29.90 dan baju kakngah sehelai RM 24.90. Tahu tak, kurang dari RM65 untuk full set baju, seluar, kasut dan stokin untuk size paling kecil. Kualiti pakaian seragam Hari-Hari setanding dengan jenama lain dengan ketebalan kain cottonnya. Alahai... terpikat sungguh dengan Hari hari ni

Masa untuk pilih tudung sekolah pula.. Untuk si kakngah ni, memang jumpa stail tudung kegemaran yang selalu macam kakak dia pakai selama ni. Awning lembut dan melekat kemas di dahi, tak perlu pakai anak tudung pun okay sangat. Terletak elok atas kepala. Sehelai tudung harga ikut saiz RM 8.00 - RM 11.00 gitu. Murahhhh sangat!



FREE GIFT KEMPEN KEMBALI KE SEKOLAH



Apa yang ada dalam promosi ni...

1 - Setiap pembelian bernilai RM150 ke atas , korang boleh pilih sama ada nak  2 pasang stoking putih ataupun sepasang kasut putih

2- Setiap pembelian bernilai RM120 ke atas , korang boleh dapat stokin putih percuma

3 - Setiap pembelian bernilai RM30 ke atas , korang boleh dapat percuma kalendar tahun 2020

4 - Kalau korang guna Kad CIMB debit/kredit , korang boleh dapat tambahan diskaun sebanyak 15% tau



Oleh kerana layak nak terima free gift, kitorang boleh pilih kasut putih. Apaa lagi, sekali lagi rambang mata lah. Siapa nak bagi free kan. Kakak dan kakngah dah ada kasut hitam, so yang putih ni kita pilih untuk si adik. Seronok lah dia kemainn. Balik rumah asyik nak pakai je.. nanti boleh bergaya time jalan-jalan 


PROMOSI BELI SECARA ONLINE HARI-HARI GILA


Seiring dengan trend semasa semua nak online di hujung jari kan, Hari Hari juga tidak mahu ketinggalan dengan memperkenalkan gedung online kelengkapan sekolah. Tak susah-susah nak datang kedai kalau malas nak keluar atau angkut anak-anak. Meh shopping sini www.ehari.com.my

Korang yang beli online ni berpeluang menikmati diskaun sehingga 15% bagi kesemua barangan dan keperluan kelengkapan sekolah yang dijual..

Bukan itu sahaja, kita juga berpeluang mendapatkan penghantaran pos percuma untuk pembelian berharga RM50 ke atas, sekali gus menerima hadiah kalendar dan stoking putih

Semua promo murah berbaloi baloi ni tamat bulan ni je tau..



Dah selesai shopping kita posing.. fuhh lega selesai sudah satu tanggungjawab acara tahunan ni


Banyak sangat belinya sampai tak jumpa barang adik yang mana satu... cari dik.. cari


Update terkini dari Pusat Pakaian Hari Hari korang boleh layari facebook dan instagram Hari Hari. Boleh tengok aktiviti diorang, promo terbaharu, kadang-kadang ada contest. Nak review pun boleh, aku tengok pantas Hari Hari respon tu ha kalau ada orang komen apa-apa. Jomm terjah






Selamat membeli belah!


5 comments:

  1. Bagus buat persiapan awal macam ni.
    Harganya pun okay.

    ReplyDelete
  2. Mudahnya keja semua kelengkapan sekolah boleh dibeli dibawah satu bumbung .. Nice jugak pusat pakaian Hari Hari nie =)

    ReplyDelete
  3. Murah dan kualiti pun best..kami pun shopping kat Hari-hari juga.

    ReplyDelete
  4. Hari Hari memang kedai favourite, harganya murah dan pakaian sekolah berkualiti.

    ReplyDelete
  5. Awal2 dah beli kelengkapan sekolah. Anak2 pon suka laa tu. Kakya pon dah soping kat hari2 jugak

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.