19 December 2019

Bayangkan Apa Perasaan Anak Bila....


Anak tak dapat result baik. Kita marah, sindir sinis. Hadiah memang lah tak ada. Anak lain cemerlang. Kita beli hadiah. Tiap- tiap tahun beli hadiah. Bayangkan apa perasaaan anak yang tidak cemerlang dan tidak pernah menerima hadiah dari kecil hingga habis sekolah? 

Hidupnya tak pernah dipuji dek akademiknya tidak membanggakan? Pada siapa nanti kita berharap untuk pulang ke kampung dan menemani kita di waktu terlantar nanti?

Yang kita keji dari tadika hingga habis sekolah tadi kah saudara? Atau yang cemerlang akademik telefon pun tak angkat, cuti pun susah, balik pun tidak pernah?

Anak anak kalau boleh semua kita nak jadikan dia doktor, engineer, akauntan, peguam atau arkitek... tak pun menteri

tapi , 

bukan semua anak anak layak untuk itu; sama ada layak secara akademik atau secara mental layak untuk menggalas pekerjaan profesional tersebut...

malah ramai yang berjaya mendapat kerjaya tersebut tetapi akhirnya berhenti dan memilih untuk kerja sendiri... Sebabnya tidak dapat menghadapi stress kerja dan mental tidak dapat menyesuaikan diri. ..

           baca :          Pesanan Ayahanda


jika anak anak kita tidak mendapat kerjaya tersebut, usah gelisah... Orang- orang yang berjaya tidak semestinya datang dari golongan ini... 

makcik jual nasi di pasar malam boleh meraih pendapatan hingga 15k sebulan...

makcik yang jual produk kosmetik boleh meraih untung 60K sebulan...

kakak bisnes online pun dapat 7K sebulan. 

abang yang jadi salesman kereta pun komisyennya 10K sebulan...

abang jual air sirap depan sekolah untung 200 - 300 ringgit sehari...

pakcik yang jual dari rumah ke rumah pun dapat untung 200 sehari.

rezeki ini sebetul betulnya dari Tuhan...

kita usaha sahaja..

begitulah..

2 comments:

  1. Setuju sangat dengan post ni. Jangan pilih kasih, jangan pilih bulu dengan anak2 😁

    ReplyDelete
  2. macam wak lah, sekolah tak pandai
    tak pernah dapat hadiah.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.