23 November 2019

PENGSAN TANPA PESAN, PERGI TIDAK KEMBALI


Dua berita kematian seminggu dua ni. Semasa cuti Maulidur Rasul yang lalu, ibu mertua kepada adik meninggal dunia. Semalam , rakan seperjuangan dalam bidang pendidikan pula menhembuskan nafasnya yang terakhir setelah 4 hari bertarung di wad ICU... Allahuakbar.. Inna Lillaahi Wa Inna Ilaihi Raaji'uun

Imbas kembali  beliau yang mengajar di sekolah terdekat dengan sekolah aku ni collapse tiba-tiba dekat kereta dia.. Pembuluh darah pecah.. doktor kata harapan tipis tak sampai 10% dan sangat kritikal. Kejadian berlaku di waktu tamat sesi persekolahan dan mahu pulang. Si anak yang duduk di sebelah ketakutan tak mampu berbuat apa-apa. Hanya mengipas ibunya yang sedang kaku. Mujurlah orang ternampak kakiknya terkeluar dari kereta. Orang hantar dia ke hospital pun dengan menggunakan keretanya sendiri.

Dia ramah dan talkative...Walaupun bukan rakan yang rapat, tapi teringat juga bila sesekali bertemu untuk acara-acara zon yang sama. Teringat kita selalu battle antara satu sama lain menegakkan kebenaran bahawa anak-anak didik kita masing-masing lebih baik, lebih hebat dan lebih layak menang untuk satu-satu pertandingan. Selalu juga kita mempertikaikan keputusan hakim yang kadang-kadang berat sebelah tu kan. Kadang-kadang kau jadi hakim, aku pula yang protes mutu pengadilan kau..



kali terakhir kita bertemu untuk pertandingan war cry.. sekolah kau johan, budak aku tempat ketiga.. 
ya kali ni aku akur  budak kau hebat dan layak menang



Ya Allah... terkesan betul menerima berita ni wahai kawan...

Hujan... iramamu indah tapi selalu mengelirukan..Semalam kau jadi selimut baldu yang menyamankan tidurku sehingga aku bisa bangkit dengan hati setenang subuh...Hari ini kau jadi sangkakala yang menitipkan khabar kematian. Aku dirundung penasaran bagai kupu-kupu yang terbang bertebaran, bagai ibu menyusu yang lari sendirian.. 

Duhai hujan, aku pohon dengan berkat kurnia Allah padamu, jadilah selimut baldu saat menitipkan khabar sangkakala buat ahli keluarga kawan seperjuangan kami yang telah meninggal dunia petang semalam ( Jumaat )..

Bagaimana hari kematian aku nanti? Macam mana kalau aku rebah tiba-tiba tanpa isyarat? Wal 'iya zubillaah

1 comment:

  1. kepadaNya kita kembali. hanya menunggu ketika itu .
    salam takziah. semoga dia tenang di sana.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.