26 November 2019

MCDONALD'S BANTU RAKYAT TERENGGANU

McDonald's telah banyak menjalankan pelbagai aktiviti dan program komuniti. Paling last yang anak aku join hari tu pertandingan mewarna sempena bulan kemerdekaan. Anak aku pulak suka sangat laa pertandingan ni. Hadiah pun boleh tahan la untuk kanak-kanak. Siap dapat makan free lagi set happy meal tu. Kini McDonald's bantu rakyat Terengganu melalui Program Komuniti McDonald’s. Lebih RM590 ribu disumbangkan kepada golongan kurang berkemampuan di Terengganu melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan

MCDONALD'S BANTU RAKYAT TERENGGANU


Program Komuniti McDonald’s telah di adakan di Kuala Terengganu pada 24 November 2019. Seiring dengan nilai teras McDonald’s Malaysia dalam memberi semula kepada masyarakat, sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh syarikat khidmat segera terkemuka ini demi meringankan beban golongan masyarakat kurang berkemampuan di Terengganu. Program Komuniti merupakan usaha tahunan McDonald’s Malaysia mendekati masyarakat, dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”




Sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu untuk meringankan beban golongan memerlukan di Terengganu


Zakat perniagaan McDonald’s Malaysia



Encik Azmir Jaafar, ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Terengganu untuk tahun 2019 kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, sambil disaksikan oleh  Encik Saidi bin Salleh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).



McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Terengganu untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000. McDonald's Malaysia baru-baru ini merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Malaysia. 

"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.




Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika menyampaikan ucapan bagi pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu 


Inisiatif pekerjaan melalui SLDN McDonald’s



Encik Azmir Jaafar, dan Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali bersama para pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s 


Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s. Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.



Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia menyatakan komitmen McDonald’s Malaysia kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasinya.



Program “Kembali ke Sekolah”

Secara peribadi, ini yang paling dekat dengan aku kerana bidang pendidikan. Bayangkan kegembiraan terserlah di wajah kanak-kanak menerima beg sekolah baharu dan percuma. Di Terengganu, lebih 1,900 kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.




Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini, dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek ini menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini. 

Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100. 



Lebih 1,900 kanak-kanak sekolah rendah melibatkan 65 sekolah di serata Terengganu menerima pek kembali ke sekolah. Wahh mesti seronok nak guna beg baharu untuk sesi persekolahan 2020 nanti..



RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ kalau korang berminat menyumbang wang tunai atau nak jadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia sangatlah dialu-alukan

Cuti sekolah telah bermula.. Ke mana lokasi rangkaian restoran makanan segera pilihan anda bersama anak-anak? Sudah tentu lah McDonald's. Bukan sahaja menjadi tempat makan dan servis pandu lalu yang best, tetapi sesuai dan happening juga untuk dijadikan sambutan hari jadi terutamanya untuk anak-anak... esok jom ke McDonald's




2 comments:

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.