11 May 2019

RESIPI BERBUKA PUASA : KETUPAT SOTONG KELANTAN

Selamat berpuasa. Oleh kerana semalam janji nak tulis resipi berbuka puasa : ketupat sotong kelantan, ni aku tulis hah. Tapi ni cara mak aku yang masak la. Resipi panjangnya ketupat sotong kelantan mak aku. Rasanya ramai je yang dah tahu buat. Ore kelate oyat, sene messet

RESIPI BERBUKA PUASA : KETUPAT SOTONG KELANTAN




Bahan-bahan Ketupat Sotong Kelantan

Sebenarnya bahan main agak je pun. Tapi aku tulis jugak la sukatan kot nanti tertanya-tanya. Untuk makan satu rumah yang ada 3 keluarga termasuk kanak-kanak haa semasa berbuka puasa. Di masak dalam periuk standard sederhana besar muat atas dapur gas, bukan periuk untuk kenduri. Lebih kurang 40 ekor sotong campur saiz besar dan kecil

Sotong - lebih kurang 40 ekor
Beras pulut - 1 kg, kalau lebih tu simpan laa
Santan Pekat - 2 paket
Santan Cair -  2 paket
Halia - satu ini dihiris halus
Gula Melaka - 2 paket
Garam secukup rasa
Halba - lebih kurang segenggam
Daun pandan sehelai dua


ketupat sotong sedia untuk di makan. Tunggu azan je ni. Kena pulak yang aku ambik ni, semua sotongnya ada telur.. perghhh


Cara Masak Ketupat Sotong Kelantan


1. Bersihkan beras pulut, gaulkan bersama sesikit santan dan garam
2. Masukkan beras pulut ke dalam sotong. Sampai separuh sotong sahaja, jangan bagi penuh
3. Cucuk bahagian atas dekat kepala sotong tu dengan lidi pencungkil gigi
4. Rebus sotong terlebih dahulu sekejap dengan santan pekat
5. Kemudian, masukkan santan cair dan semua bahan-bahan lain
6. Masak sehingga kuah sedikit kering dan pekat


gambar lama


Selamat Mencuba. 
Selamat berbuka puasa



6 comments:

  1. tak penah lak makan ketupat sotong ni. haha. adakah kami berjaya buat? heehhe. nak kena try lah ^_^

    ReplyDelete
  2. jangan baca ketika berpuasa. baca bila dah malam. bahaya hehe

    ReplyDelete
  3. aboya mkn xajak..haha

    ReplyDelete
  4. Akak suka gak ketupat sotong..tp suka yg dalam dia ada telur sotong semata2, hahah..pas tu akak suka style ganu yg kuah putih..

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.