Selamat berpuasa. Oleh kerana semalam janji nak tulis resipi berbuka puasa : ketupat sotong kelantan, ni aku tulis hah. Tapi ni cara mak aku yang masak la. Resipi panjangnya ketupat sotong kelantan mak aku. Rasanya ramai je yang dah tahu buat. Ore kelate oyat, sene messet
RESIPI BERBUKA PUASA : KETUPAT SOTONG KELANTAN
Bahan-bahan Ketupat Sotong Kelantan
Sebenarnya bahan main agak je pun. Tapi aku tulis jugak la sukatan kot nanti tertanya-tanya. Untuk makan satu rumah yang ada 3 keluarga termasuk kanak-kanak haa semasa berbuka puasa. Di masak dalam periuk standard sederhana besar muat atas dapur gas, bukan periuk untuk kenduri. Lebih kurang 40 ekor sotong campur saiz besar dan kecil
Sotong - lebih kurang 40 ekor
Beras pulut - 1 kg, kalau lebih tu simpan laa
Santan Pekat - 2 paket
Santan Cair - 2 paket
Halia - satu ini dihiris halus
Gula Melaka - 2 paket
Garam secukup rasa
Halba - lebih kurang segenggam
Daun pandan sehelai dua
ketupat sotong sedia untuk di makan. Tunggu azan je ni. Kena pulak yang aku ambik ni, semua sotongnya ada telur.. perghhh
Cara Masak Ketupat Sotong Kelantan
1. Bersihkan beras pulut, gaulkan bersama sesikit santan dan garam
2. Masukkan beras pulut ke dalam sotong. Sampai separuh sotong sahaja, jangan bagi penuh
3. Cucuk bahagian atas dekat kepala sotong tu dengan lidi pencungkil gigi
4. Rebus sotong terlebih dahulu sekejap dengan santan pekat
5. Kemudian, masukkan santan cair dan semua bahan-bahan lain
6. Masak sehingga kuah sedikit kering dan pekat
gambar lama
Selamat Mencuba.
Selamat berbuka puasa
tak penah lak makan ketupat sotong ni. haha. adakah kami berjaya buat? heehhe. nak kena try lah ^_^
ReplyDeletemanpak sedap
ReplyDeletejangan baca ketika berpuasa. baca bila dah malam. bahaya hehe
ReplyDeleteaboya mkn xajak..haha
ReplyDeleteAduh Sedapnya
ReplyDeleteAkak suka gak ketupat sotong..tp suka yg dalam dia ada telur sotong semata2, hahah..pas tu akak suka style ganu yg kuah putih..
ReplyDelete