10 May 2019

MENU BERBUKA PUASA DI RUMAH MAK


Ok, minggu ni berbuka kat rumah mak. Macam dah lama je tak balik, kan. Kali ni ada 3 team adik-beradik berbuka puasa berasama. Separa meriah dan riuh rendah boleh tahan juga. Tunggu semua boleh berkumpul, lagi bergegar rumah tok ni haa

MENU BERBUKA PUASA DI RUMAH MAK


Macam biasa , menu dari air tangan mak yang dah lama tak buat akan muncul lah hari ini.. Antaranya hari ini ialah ketupat sotong.. perghhhh teringat sampai ke alam mimpi




Tudiaaa ketupat sotong. Nanti resipi dalam post lain. Kitorang asal Setiu. Setiu dah dekat dengan Besut seterusnya Kelantan. Duk kecek bahaso kat rumoh pun bahaso kelate. Ketupat sotong yang duk telan dari kecik sudah tentu lah versi Kelate. Guna gula melaka (orang Ganu sebut nissang, aku syak maksudnya manisan kot ). Rasa lemak lemak manis. Berbeza dengan ketupat sotong versi Terengganu, warnanya putih, rasanya lemak juga tapi tidak manis


ketupat sotong versi Ganu


Bagi aku kedua-duanya sedap je. Tapi kalau diberi pilihan mana satu nak makan dulu, sudah tentu tanpa ragu-ragu versi Kelate


sup tulang

tauhu goreng gitu je..

sambal cuka cicah tauhu

sayur kubis goreng.. simple je

coctail


Ok laa.. belum terlambat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa 1440 Hijrah. Ramadhan Kareem, Allahu Akram


1 comment:

  1. wah 2 versi gitu tupak sotong dia... alahai dap2 nyoo.. plan untuk next menu plak..

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com