02 March 2019

TUDUHAN TERHADAP DOULA YANG BOLEH DISANGKAL

Panas media sosial sepanjang tiga minggu berturut-turut ni apabila rancangan Analisis TV AlHijrah membicarakan topik kesihatan. Bermula dengan vaksin, doula dan semalam suplimen. Cuma seperti telah dijangka, topik suplimen semalam tidak sepanas dua minggu lalu sebab tak ada panel dalam kalangan founder produk sebab dah awal-awal lagi Doktor Rafidah enggan sepentas dengan mereka dan mengenakan syarat ketat kepada TV AlHijrah

Ada pro dan kontra tentang doula. Sepertimana konklusi pengakhiran analisis yang dinyatakan Moderator Hajah Finaz, doula tidak boleh dipersalahkan kerana kewujudan doula ekstrem, selagi doula itu menjalankan tanggungjawabnya dengan hanya memberikan sokongan dari segi emosi, ilmu kehamilan dan sokongan fizikal menerusi urutan dan sentuhan kepada para ibu TANPA menasihatkan para ibu untuk melahirkan di rumah, TIDAK mengambil sebarang ubat dan rawatan sepanjang tempoh kehamilan, selagi itu jasa doula perlu kita hargai. Khidmat doula tidak boleh dilakukan tanpa pengawasan doktor atau bidan terlatih... 

Haaa kan cantik sikit ayat moderator. Tak perlulah kecaman dan ancaman.. gitu.

Ok lah aku post artikel Doktor Maryam Aziz tentang doula. Aku rasa ni respon paling positif dan nasihat bernas sepanjang kehangatan rakyat Malaysia mengenai doula


5 TUDUHAN TERHADAP DOULA YANG BOLEH DISANGKAL

=================================

Ehemmm tajuk pun dah kontroversi. Semua ni berpunca dari terrrtengok Analisis tadi, debat antara Prof Imelda Balchin dan Doula Yatt di TV Hijrah. Maryam dah banyak kali bagitahu abang, I dont want to watch that. Sebab rasa macam topik hujah yang tak mendatangkan begitu banyak manfaat melainkan untuk saling hentam menghentam dengan penuh rasa kebencian sedangkan kita selalu terlepas pandang pada isu sebenar dan tidak mencari solusi. I belief for the purpose of education, boleh sahaja Analisis isu ini dibuat oleh golongan professional sahaja tanpa melibatkan perdebatan antara 2 pihak yang tidak seimbang dari segi qualification. 

Disini Maryam nak kongsikan apa isu sebenar yang ramai tak nampak dalam kes doula douli ni


1. Doula bukan hanya di Malaysia

=======================

Doula ni sebenarnya wujud bukan sahaja di Malaysia. Mereka juga wujud di negara maju seperti eropah. Cuma bezanya Doula di negara maju melalui proses training diiktiraf, tidak seperti doula di Malaysia.


2. Doula adalah peneman ibu, bukan medical decision maker.

================================


Yang ini semua orang kena jelas. Dalam senario menjaga ibu yang akan melahirkan anak, ada O&G consultant, O&G specialist, MO, staff nurse, JM, suami dan diri ibu itu sendiri. Masing masing perlu mainkan peranan masing2. Kalau tiba tiba suami yang tentukan sama ada isteri boleh dibius atau tidak ketika c-section, memang pelik. Siapa suami untuk menentukan? Suami duduknya untuk memberi semangat kepada isteri. Jika o&g consultant yang tiba tiba datang peluk ibu dan usap kepalanya untuk beri semangat, memang pelik. Siapa dia untuk memberikan semangat begitu sekali? Itu tugas suami. Jika nurse yang buat keputusan untuk gunakan vacuum disebabkan baby sangkut untuk keluar, memang pelik. Siapa dia untuk tentukan sama ada perlu gunakan vacuum atau tidak? 

Begitu juga dengan doula. Tugasnya sebagai peneman ibu, membantu guide ibu dalam proses hypnobirthing, memberikan motivasi. Dia bukan doktor, staff nurse, JM mahupun suami. Maka jangan campuri tanggungjawab orang lain.


3. Doula tidak menerima latihan dari mana mana badan yang diiktiraf KKM.

==============================

Saya kira tuduhan ini agak melampau dan berbaur ego meskipun ia benar. Mungkinkah kita patut rephrase dengan mengatakan “di malaysia belum wujud badan yang mampu memberikan latihan dan sijil diiktiraf KKM kepada doula”

Menuduh doula tidak menerima latihan dari mana mana badan yang diiktiraf KKM bermaksud seolah olah kita tidak mengakui kelemahan kita yang belum mampu menyediakan servis berkenaan. “Mana mana badan” itu tidak wujud! Kita sepatutnya mengaku saja. 


4. Doula punca ibu inginkan homebirth.

============================

Bagi saya ini satu tanggapan salah. Memang ada doula yang bertindak melampau dengan menyarankan ibu bersalin dirumah dan tidak ke hospital. Dan golongan ini yang mencemar nama doula secara amnya. 

Tetapi sebenarnya ada isu lain yang tersembunyi disebalik trend homebirth. Saya mengenali ramai ibu yang melakukan homebirth. Dan saya tidak pernah bersetuju dengan perkara ini. Bukan kerana saya cemburu, tetapi kerana saya pernah bekerja di Labour Room dan saya tahu bagaimana gentingnya keadaan ibu dan bayi di saat kelahiran. Things can just go wrong anytime! Things that you might have not anticipated. 

Tetapi saya cuba meletakkan diri saya di dalam kasut mereka. Rata rata yang memilih homebirth adalah disebabkan pernah mengalami trauma dalam pengalaman bersalin lalu di hospital kerajaan. Unpleasant birth experience. Bersalin adalah proses yang sangat stressful. Sakit, tidak selesa. Dan ketidak selesaan ini diterukkan lagi dengan layanan kasar oleh staf di labour room.

Now dont get me wrong. Saya pernah 2 kali bersalin di hospital kerajaan. Dan pengalaman saya indah indah belaka Alhamdulillah. Tapi pengalaman seorang doktor tak boleh disamakan dengan pengalaman ibu lain. Saya juga pernah bekerja di labour room dan saya jumpa ramai staf yang sangat baik dan berlemah lembut dalam menguruskan ibu yang melahirkan. Tetapi itu tidak bermakna saya tidak pernah berjumpa dengan staf kesihatan yang begitu kasar dan menghiris perasaan. Saya kira bebanan kerja yang begitu berat ketika bekerja di labour menjadi antara punca staf kesihatan tidak dapat melayan karenah pesakit dengan hati terbuka. Mereka juga manusia yang kenal erti lelah dan kadangkala kalah dengan emosi. 

Tetapi mungkin ini kekurangan di pihak kita juga (KKM). Meskipun saya bukan lagi staf KKM, tapi saya masih berasa bertanggungjawab lantarsn saya pernah memberi servis bagi pihak KKM. 

Apabila ibu ini trauma untuk bersalin di hospital kerajaan, mereka boleh memilih untuk bersalin di fasiliti swasta. Namun tak semua mampu! Dan ini memaksa mereka untuk memilih bersalin di rumah saja, dalam suasana tenang ditemani suami dan doula. Cuma ianya begitu berisiko tinggi. 


SOLUSINYA???

===========

Maryam pasti jika ditanya kepada para ibu, andai diberi pilihan antara bersalin dirumah dengan hanya ditemani suami dan doula, atau melahirkan di hospital yang 

-tenang dan damai

-memberikan layanan mesra ibu dan bayi

-menyambut kehadiran anda dengan senyuman 

-membekalkan doula terlatih untuk memberikan sokongan moral sepanjang proses melahirkan

-memberikan pilihan untuk bersalin dengan beberapa kaedah yang anda inginkan, eg waterbirth, squatting, on all 4 etc

-meraikan gentle birth plan selagi mana ia dikira yang terbaik mengikut kajian sains perubatan dan tidak memudaratkan ibu dan bayi (saya terbaca tentang suami yang request isteri dibedah tanpa menggunakan ubat bius semata mata kerana mereka inginkan drug free birth. Itu bukan gentle birth. Itu crazy birth)

-excellent antenatal, perinatal and post partum care

-hanya diuruskan oleh staf kesihatan (doktor, midwives) perempuan.

-HARGA BERPATUTAN DAN MAMPU MILIK

saya pasti ibu ibu tidak akan memilih untuk bersalin dirumah lagi!

Dalam dunia ni ada banyak benda yang kita lihat sebagai masalah, tapi bukan masalah sebenar. Sebaliknya adalah manifestasi kepada masalah tersembunyi yang lebih besar lagi. Macam kes ini. Masalah sebenar adalah kehendak ibu yang inginkan good birth experience tetapi tidak dapat dipenuhi kerana kebanjiran pesakit di labour room hospital kerajaan. 

Doula pula perlu mendapat latihan diiktiraf KKM supaya mereka jelas peranan mereka dan tidak bertindak melampau. InsyaAllah ramai yang akan mendapat manfaat dari doula terlatih secara professional.

Our job is not to debate and blame. Our job is to find solution. Every problem gives rise to many opportunities- for that problem to be resolved.

Dan insyaAllah Maryam dan Mary Jardin menyahut cabaran ini untuk menyediakan antenatal, intranatal and postnatal care yang terbaik untuk semua ibu di Malaysia insyaAllah.

Doakan ye

Dr Maryam,

Yang tak suka berdebat tapi suka menyediakan solusi

Tak pernah sokong homebirth tapi memahami ibu yang ingin dilayan baik ketika bersalin

Dan tak sokong antivax juga

SUPER KREDIT : DOKTOR MARYAM AZIZ




Artikel tuu aku dah mintak izin ye dengan kredit...

Doktor Maryam yang dikenali dulunya salah seorang pengedar Shaklee berjaya dan telah membuat sales kumpulan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Kini telah beralih arah sejak 3 tahun lepas dan menjadi pengasas brand yang tengah meletop letop dan gah iaitu Mary Jardin. Tahniah Doktor. Selamat Maju Jaya... 

1 comment:

  1. Kalau saya, memang akan pilih untuk bersalin kat hospital (walaupun masih belum berkahwin) tak kisah lah hospital kerajaan ke swasta ke sebab lagi terjamin lagi pun beranak ni kira nyawa kat hujung tanduk

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com