23 November 2018

Di Mana Lebihnya Perpisahan.. Sehingga Banyak Airmata Gugur Kerananya

Malam ini aku ingin petik sebahagian tulisan panjang seorang sahabat lama zaman belajar ketika semua ahli bait (housemates) akan meninggalkan rumah sewa dek kerana tamat belajar dan akan pulang ke Malaysia... Sahabat yang satu ni digelar sang pujangga dalam kalangan kami....


Perpisahan. Apa yang istimewanya perpisahan ini sampaikan terlalu banyak orang bercakap tentangnya? Di mana lebihnya perpisahan.. sehingga banyak airmata gugur kerananya.

Bukankah pertama kali kita dipertemukan oleh Allah Taala kita telah tahu kita akan berpisah?bahkan sebelum bertemu lagi kita sudah tahu.

Siapa orang yang paling kita sayang dan cinta? Senaraikan nama-nama mereka dalam satu folder dalam telefon kita. Kemudian tunggu berapa ketika, nama-nama itu kita sendiri akan padamkan dari telefon kita. Lama kelamaan hati kita tak akan berfikir lagi tentangnya.

Nanti, bila kita kembali seorang,membelek kenangan yang terukir dimana-mana. Di kertas bergaris,kertas berwarna, dan sebagainya. cuba kenangkan akan air mata yang kita tumpahkan dahulu dan ketika ini. Apa kesannya untuk perjalanan hidup kita. Dunia dan akhirat. Sedikit sekali. Mungkin tiada.

Di dunia, air bersifat lembut dan menyenangkan. Bila ia mengena tubuh kita saat kita bangun dari lena dan bersuci ternyata ia melegakan. Tubuh kita jadi segar, hati jadi bersemangat untuk memulakan hidup yang baru.

Di dunia juga, bila kita diuji dengan kesedihan, kita seperti seorang yang terjaga dari tidur. Tubuh kita tak bermaya. Semangat kita pudar. Terkadang airmata menyegarkan kita. Bila kita menangis, kita melepaskan sesuatu yang terpendam tanpa perlu mengadu pada orang ketiga. Walau hakikatnya sentiasa ada pihak yang ketiga yang memerhati dan mengerti

Di dunia, air bersifat lembut dan menyenangkan... Bila ia mengena tubuh kita saat kita bangun dari lena dan bersuci ternyata ia melegakan. Tubuh kita jadi segar, hati jadi bersemangat untuk memulakan hidup yang baharu

Di dunia juga, bila kita diuji dengan kesedihan, kita seperti seorang yang terjaga dari tidur. Tubuh kita tak bermaya. Semangat kita pudar. Terkadang airmata menyegarkan kita. Bila kita menangis, kita melepaskan sesuatu yang terpendam tanpa perlu mengadu pada orang lain.

Ada orang mengambil semangat dari airmata. Ia adalah fitrah dan bukan memalukan.

Tidakkah Nabi mengalirkan air mata ketika kematian anak, isteri dan bapa saudara Baginda? 

Haihhh...

Sejak minggu lepas  banyak benar berita perpisahan teman-teman akrab akan keluar kawasan kerana pertukaran yang dipohon telah lulus... terkesan sungguh aku walaupun sepatutnya aku perlu gembira dengan kegembiraan mereka.... 

Bukan mudah aku nak terima berita sebegitu. Jika satu berita sahaja sudah menjentik hati sentimental aku, inikan pula sampai 4-5 pengkhabaran sekaligus.. 

aduhhh

No comments:

Post a Comment

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com