02 October 2018

Ulangtahun Cirit


Tadi cikgu sekolah si kakakk call katanya kakak cirit harini kat sekolah. Abuya sampai je rumah dengan keringat rezeki yang masih belum kering di dahi bergegas ke kamar bersiram

Dengan kesadoan yang ada, abuya berus berus baju sekolah kakak dengan penuh ketekunan dengan harapan bertambah lah sado. Dengan kesabaran yang tersisa, ku sental sental pula kain dan tudung

Dengan kerajinan yang menipis, ku rendam rendam dalam clorox dan sabun. Dibiarkan buat seketika seperaduan ini malam, esok hari barulah di cuci mesin

Ku pandang pandang baldi rendaman itu... hatiku berkata.... abuya tua tua nanti, moga kakak jaga abuya elok elok ye...


Kebetulan sungguh facebook buat keluar share history kisah cirit tahun lepas. Tarikh sama rupanya, tahu tahu je isi hati abuya yang paling dalam ketika ini.. ulangtahun cirit namanya ni

1 comment:

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com