12 October 2018

Teringat Dialog Drama Nur Kasih

Semalam abuya marah si kakak sebab dia main-main sangat, macam-macanm alasan dan helah yang dia buat untuk lambat-lambatkan nak selesaikan maghrib dia. Waktu dah nak habis. Nak tengok kartun laa, nak makan bubur jagung dulu laa

Dan macam biasa kakak tu selalu sahaja dia kena marah dengan macam-macam pe'el lah yang dia buat. Kadang-kadang abuya pegang hanger atau cubit terus

Teringat betul abuya dialog si mak aidil 
dan adam ni dalam nurkasih yang trending sangat dulu. Biasala abuya kan suka throwback. Gigih abuya youtube. Adam berwatak degil, keras kepala, banyak buat hal dan memberontak sementara aidil banyak berkorban dan lebih tenang


aidil & adam


Suatu ketika ustaz hasan (ayah aidil adam) membelek album gambar mengenangkan anak-anak, isterinya datang duduk di sebelah untuk bersembang. Dialog berbunyi begini lebih kurang

Ust hasan : mana silap kita jah

Jah : abang...

Ust hasan : bulan mana , hari mana jah... anak kita sudah.. pergi jauh dari kita

Jah : jangan fikir pasal tu la bang

Ust hasan : hari demi hari ini sahaja yang abang fikirkan.. sebelum abang pergi, abang nak baiki kesilapan abang... cakaplah jah

Jah : jah pun tak tahu bang...

Ust hasan :setahu abang.. abang dah bagi semuanya sama rata.. apa yang abang bagi pada aidil, abang bagi pada adam

Jah : mungkin kat situ salah kita.. aidil dan adam tak sama... kalau kita beri air kat pokok ni, berbunga.. kalau kita bagi air sama banyak kat pokok tu pulak, tak berbunga,malah layu pulak... Sebab dia perlukan tanah kering untuk subur.. dia nak kan matahari, kita bagi air...

lepas tu ust hasan jadi sedih.. 

Terkesan betul ayat-ayat mak jah ni.. buat abuya terfikir sejenak...



kakak baheja


1 comment:

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.