29 October 2018

ROTI TELUR SARDIN SHEILA RUSLY

Seriously mula-mula nampak resipi yang sangat mudah roti telur sardin ni kat instagram sheila rusly. Kau tahu la presentation dan plating si sheila rusly setiap kali dia masak apa pun dan buat video. Memang membangkitkan selera betul!

Selepas dia buat roti telur sardin tu, aku tengok makin ramai yang turut buat roti telur sardin. Tayang kat fb dan ig. 

Methodnya sama sahaja dengan roti celup telur tu cuma tambah sardin ajelah. Alaa senang sangat. Semua orang pun boleh buat. Ikut sheila dia masukkan cili flakes tapi aku tak buat lah takut pedas, budak-budak tak boleh makan


1. Sardin dihancurkan, kuah tomato tu ambil sedikit sahaja, tak mau kuah tu banyak sangat. Tumbuk bawang putih, bawang merah. Perah limau sedikit

2. Telur. Pukul macam nak buat telur dadar. Kemudian, masukkan dalam adunan sardin tadi



3. Celupkan roti ke dalam adunan sardin telur tadi. Dan goreng la atas kuali ajaib tu. Aku letak minyak zaitun sikit



4. Dah siap untuk ditelan dengan rakusnya



Selamat Menjamu Selera

Ketuk ketukkk... Ramadhan... Alhamdulillah.... ehhhh



7 comments:

  1. wahhh. nampak sedapp sangat..

    ReplyDelete
  2. ada juga tgk resepi ni..sedap juga tu

    ReplyDelete
  3. kemainnnn menu retis youuuu hahahah

    ReplyDelete
  4. tgk famous kan roti telur sardin ni sekarang kan. hehe. Memang sedap, mudah plak tu nak buat.

    ReplyDelete
  5. Resepi sedapp..retis masak lagi sedap..ehhh..yeke ...

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap, dia punya step pun senang je nanti nak try lah

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.