11 October 2018

RESIPI KUIH KOLEH KACANG

Kuih koleh kacang antara beraneka jenis kuih tradisi yang mungkin jarang dijumpai dewasa ini. Dah jadi rare. Kalau meriah sikit pun terjumpa orang kat bazaar Ramadhan. Kuih koleh kacang ni menjadi kenangan sentimental jugak untuk aku sebab pernah satu ketika semasa arwah ayah ada dan sedang sakit, dia terasa nak makan. Dia suruh aku beli kuih koleh kacang. Tapi aku tak jumpa kedai kuih yang jual kuih ni.. Time tu pun dah ingat-ingat lupa rupa kuih koleh kacang sebab jarang makan.. huhu. Dah, jom kita tengok resipi. Terima kasih lah tuan punya resipi, terubat sikit rindu kat arwah ayah


Resipi Kuih Koleh Kacang





Bahan-bahan Kuih Koleh Kacang


1 cawan santan pekat

1 cawan gula merah

2 sudu besar gula pasir

1 cawan air

2 cawan santan

1 cawan tepung kacang hijau (cap kijang)

Beberapa helai daun pandan disimpul

Secubit garam



Cara-cara buat kuih koleh kacang


1 - Masak 1 cawan santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan dalam 2 sb lebihan minyaknya dalam kuali.

2 - Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula larut, Sejukkan dan ketepikan seketika.

3 - Satukan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.

4 - Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. 

5 - Masak hingga pekat dan menggelembung sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi.

6 - Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum boleh dipotong.

Siap untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera


KREDIT :
@periukkitaresepikita


my father always a hero.. 
my late father



ARTIKEL LAIN :



1 comment:

  1. Kuih kesukaan ini.. Pernah tolong mak sedara buat.. Buat sendiri tak pernah lagi..

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.