18 October 2018

RESIPI IKAN BAUNG MASAK TEMPOYAK


Sejak masuk sekolah area luar bandar dan pedalaman ni hampir sedekad lalu, ditemani pokok-pokok sawit (nampak macam cerita seram tamil pun ada) setiap pagi dan sungai yang indah di belakang sekolah, macam macam makanan rare dah boleh kenal. Kalau selama ni hanya tengok dalam fb dan google, sekarang dah boleh rasa. Periuk kera dan ikan baung pun kenal disini. Walaupun aku takdelah eager sangat terhadap ikan baung, tapi.. boleh la setakat nak makan tu.. kihkih..

Nah ambik resipi ikan baung masak tempoyak. Lebih kurang je cara masak dengan masakan tempoyak lain. Rasa baung pun ada iras-iras patin dah



RESIPI IKAN BAUNG MASAK TEMPOYAK



Bahan-bahan Ikan Baung Masak Tempoyak :

- 3 - 4 ekor ikan baung disiang , untuk hilangkan hanyir, bersihkan dengan tepung dan asam jawa. Guna limau nipis pun boleh 

- 15 - 25 biji cili api, mengikut tahap kepedasan yang diinginkan

- Kunyit hidup - lebih kurang saiz ibu jari

- Tempoyak semestinya. Mengikut kepekatan yang diinginkan. Kalau aku suka 3/4 level pekat dia

- Bunga kantan

- Daun kesum

- Air

- Asam keping (jika mahu digunakan)


Cara Masak Ikan Baung Masak Tempoyak :


1. Tumbuk cili api dan kunyit

2. Bila sudah hancur lumat, masukkan tempoyak dalam lesung biar sebati dgn cili. Kemudian, bahan tersebut dilumur pada ikan baung dan diperap seketika supaya meresap elok dan sebati

3. Masukkan ikan baung ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan letakkan atas diatas api

4. Masak hingga mendidih

5. Masukkan garam dan bunga kantan 

6. Masukkan dan kacau daun kesum bersama asam keping (jika nak guna). Biarkan kuah mendidih pada api sederhana selama 3 - 4 minit

7. Sedia untuk dihidang dan dimakan. Selamat mencuba


Selamat menjamu selera




1 comment:

  1. Wow sedap ni.. mama xprnah lagi try baung masak tempoyak

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.