06 October 2018

RESIPI AYAM LEMON


RESIPI AYAM LEMON


RESIPI AYAM LEMON


Bahan-bahan Ayam Lemon


1/2 ekor ayam - bersihkan dan dipotong saiz sederhana

1 biji telur

sedikit lada sulah

3 sudu besar tepung jagung

1 biji bawang besar - dipotong baji

1 sudu besar minyak masak

hirisan buah lemon


Untuk Sos Ayam Lemon

3 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos cili

1 biji lemon - diperah ambil airnya

1 sudu besar pati jus lemon

3 sudu besar gula

garam secukup rasa

1/4 cawan air


CARA MASAK AYAM LEMON


1 - Pukul telur di dalam bekas hingga kembang. Masukkan lada sulah. Gaul ayam dan perap selama 10 minit. 

2 - Salut ayam dengan tepung jagung sebelum menggoreng ayam. Goreng ayam hingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan toskan.

3 - Masukkan semua bahan untuk sos di dalam bekas. Kacau. Ketepikan.

4 - Panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga kekuningan.

5 - Masukkan bahan sos, sedikit air, hirisan lemon dan garam gula secukup rasa. Masukkan ayam dan gaul rata. Tutup api dan sedia untuk dihidang.


KREDIT RESIPI PILIHAN KAK AL


@PeriukKitaResepiKita

**********************************

ARTIKEL LAIN ;

CARA BUANG ANGIN DENGAN PEPPERMINT GINGER

CARA HILANGKAN EYEBAG PADA MATA


2 comments:

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com