04 October 2018

Lelaki Kiriman Tuhan


Lelaki kiriman Tuhan. Alaa.. bukan nak buat entri drama astro tu sebenarnya. Tetapi lelaki kiriman Tuhan untuk aku dan family ialah ni haaa, budak ni. Dah lebih setahun lima bulan Tuhan kirimkan dia buat kami. Setakat ni Khalefa membesar dengan sihat dan baik, Alhamdulillah

Kadang-kadang jer la datang demam sekejap sekejap. Awal awal dulu kena gak sedut kahak.. mintak-mintak la tak kena lelah atau semput berpanjangan



Sekarang ni yang buat abuya rasa lega, sejuk hati dan teruja bila anak teruna abuya ni attach dan eager dengan sejadah dan bila tengok orang solat. Pantang nampak kita solat, mesti nak buat gaya sujud.  

Kadang-kadang mati akal jugak nak alihkan dia ke tepi time kita perlu sujud sebab dia masih tak gerak-gerak dari sejadah. Tak pun, selalu melekat dengan kita time kita solat sambil mulut keluar bunyi-bunyi yang kita tak faham. Nak kata dia baca AlFatihah, nampak gaya macam membebel.. kihkih





Ni abuya dah buat kerja lain, dia duk pot pet pot pet, sedar sedar je dah terdiam lena. Mengantuk sangat agaknya


Semoga khalefa tidak akan pernah meninggalkan solat, menjadi anak yang soleh, mendoakan kedua-kedua ibu bapanya semasa hidup mahupun setelah mati dan memberi syafaat buat ibu bapa serta keluarga di hari perhitungan nan abadi kelak. Ameen




1 comment:

  1. Aameen, mudah2an bawa ibu bapanya ke Syurga Firdaus.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.