06 October 2018

JANGAN MENYINDIR JIKA TAK MAHU TERSINDIR



Masa kecik dulu rasanya pernah tengok filem hindustan tajuk Ishq (cinta).. yang berlakon ajay devgan, amir khan, juhi chawla dan kajol. Berrtemakan perkahwinan sekufu setaraf kaya yang ingin di atur oleh kedua-dua keluarga ajay dan juhi chawla

Tapi macam biasala plot cinta antara dua darjat akhirnya juhi jatuh cinta dengan amir dan ajay jatuh cinta dgn kajol. Amir dan kajol orang miskin. Mereka semua ni jadi kawan

Dipendekkan cerita suatu hari, amir dan ajay naik jeep 4WD dan jatuh gaung. Jeep tu tetiba rosak (rosak brek rasanya) disebabkan rancangan juhi chawla yang nak mengenakan mereka.. mungkin masa tu belum jatuh cinta dan ingin bergurau kasar tanpa sedar boleh membahayakan nyawa

Suatu malam, amir dan ajay yang terselamat dalam insiden itu telah berpakat dgn kajol untuk mengenakan juhi. Mereka menakut-nakutkan juhi dengan berlakon jadi hantu sebab juhi masih belum tahu mereka hidup atau mati.. Setelah selesai prank hantu tu, juhi marah, menangis dan mengamuk kepada mereka semua. Mungkin kerana rasa malu, geram dan tertipu. Sedang dia tak sedar, dialah yang terlebih dahulu memulakan gurauan kasar terhadap ajay dan amir

Kajol mendekati juhi yang sedang marah dan mengamuk. Aku rasa sempat Kajol bagi sebiji penampar kepada Juhi. Tapi yang aku ingat dialog kajol paling power sambil membebel kepada juhi ialah " KALAU TAK BOLEH NAK BERGURAU, JANGAN BERGURAU (terlebih dahulu) ".. begitulah lebih kurang




Begitulah juga di alam medsos facebook atau sekelian perantaraan maya atau tidak maya sekalipun. Kalau rasa hati tu kurang kental untuk menerima timbal balas provokasi, janganlah nak acah-acah cuba provok orang lain terlebih dahulu. Tak perlu la nak cuit, jentik dan sindir perli orang

Kita pun bukan tahu sangat penangan orang yang kita sindir tu. Mungkin dia belum respon sekarang. Mungkin dia akan balas lagi 2 minggu atau bulan depan. Mungkin dia berdiam buat seketika untuk biarkan kamu malu sendiri. Kelak nanti kalau orang balas, sindiranmu, tahu pula kamu melenting kepanasan dan terkeluar perangai sebenar kamu ya.. kan!

pepatah arab berbunyi :-

" Dhorobani wabakaa, Dzolamani wasytakaa"

maksudnya : " dia yang memukulku, dia (sendiri) yang menangis, dia yang menzalimiku, dia (sendiri) yang mengadu-ngadu"

No comments:

Post a Comment

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.