26 October 2018

JANGAN MARAH DAN BAGIMU SYURGA


Seekor ular memasuki gudang tempat kerja seorang tukang kayu di malam hari. Kebiasaan si tukang kayu adalah membiarkan sebahagian peralatan kerjanya berselerakan dan tidak merapikannya.

Ketika seekor ular itu masuk ke gudang si tukang kayu, secara kebetulan ia merayap diatas gergaji. Tajamnya gergaji menyebabkan perut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya,ular itu pun membalas dengan mematuk gergaji itu berkali-kali.




Serangan yang bertubi-tubi menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya,marah dan putus asa,ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuhnya. 

Ular pun lalu membelit kuat gergaji itu, belitan yang menyebabkan tubuhnya terluka parah akhirnya membuatkan si ular itu mati binasa. Di pagi hari si tukang kayu menemukan bangkai ular tersebut di sebelah gergaji kesayangannya.

Sahabat...

Kadangkala di saat marah, kita ingin melukai orang lain tetapi setelah semua berlalu, kita baru menyedari bahawa yang terluka sebenarnya adalah diri kita sendiri




Banyak perkataan yang terucap dan tindakan yang dilakukan saat amarah menguasai, sebanyak itu pula kita melukai diri kita sendiri.

Ketahuilah dendam benci, curiga, fikiran negatif dan apapun itu, sebenarnya bagaikan ular yang membelit gergaji. Telah ribuan kali muncul dalam pikiran kita yang menusuk dan membakar hati kita sendiri.

Latihlah setiap saat untuk mengampuni, memaafkan dengan tulus, mampu dengan cepat melepaskan dan membuang sampah pengotor hati dan fikiran kita sendiri.

:

nasihat yang terkesan untuk abuya yang pemarah ini... kihkih

2 comments:

  1. Pelik tapi benar kan ..ambil manfaat. Marah hanya memakan diri. Astagfirullah

    ReplyDelete
  2. Dalam maksud cerita ular dengan gergagi nii

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.