05 September 2018

TRAVELOKA SALE-ABRATION DAN MATTA FAIR 2018 MENAKJUBKAN

"Biarpun kembara hidupmu hanya ke pejabat, surau, kedai makan atau ke pasar raya. Biarpun manusia yang kau hadapi hari-hari itu lebih kerap kau ketemu berbanding dirimu sendiri, kau tetap bisa menganyam ketupat hidup yang menakjubkan, dengan syarat kau pinjam hati sang pengembara". Itulah yang di nukilkan oleh salah seorang sahabat aku tentang kembara

TRAVELOKA SALE-ABRATION DAN MATTA FAIR 2018 MENAKJUBKAN


Traveloka ialah laman web tempahan penerbangan dan hotel nombor satu yang bertapak di Indonesia sejak 2012. Semua tambang penerbangan dan kadar hotel yang disenaraikan di Traveloka telah dianalisis dan diproses melalui rangkaian sumber rasmi. Harga yang disenaraikan juga sudah termasuk semua cukai lapangan terbang dan surcaj yang lain. Yang penting tiada caj atau harga tersembunyi yang perlu di bayar. What you see, what you pay!

Traveloka bekerjasama dengan syarikat airlines di seluruh dunia dan banyak destinasi popular korang boleh terbang dengan Traveloka, dekat atau jauh, tempatan mahupun luar negara. Antaranya Langkawi, Penang, Kota Kinabalu, Melaka, Lombok, Singapura, Maldives, Phuket, Tokyo, Melbourne, London, Hong Kong mahupun ke kota beli belah mewah di Dubai sana. Pilih saja

Melancong dan mengembara dengan bebas menjadi impian sebahagian besar dari kita-kita. Tujuan utama bukanlah untuk di tunjukkan kepada rakan medsos kita semata. Tetapi mencari pengalaman dan jati diri serta melihat lebih dekat alam kejadian Tuhan lantas lebih dekat dengan Sang Pencipta. Jauh perjalanan, luas pemandangan bak kata bidalan 

Korang yang muda-muda jika masih belum banyak komitmen, pergi lah serata alam buana bumi Tuhan ni. Kalau nak cuci mata dengan pakej melancong yang menakjubkan, korang patut pergi jenguk Matta Fair di Pusat Dagangan Dunia Putra tu. Banyak booth yang disediakan dan korang pasti akan tertarik dengan pakej yang di tawarkan. Tak semestinya memiliki bajet mewah, dengan kos rendah atau bajet mampu milik pun boleh travel macam promosi Taveloka Sale-abration 2018 sekarang






Traveloka Sale-abration 2018 Kembali

Kita kalau nak travel ke mana-mana selain persiapan barang-barang keperluan travel, sudah tentu lah kita cari tiket murah dan promo. Kita bandingkan pula kos yang di tawarkan oleh web dan ejen travel. Tentu kita pilih yang sesuai dengan kos dan bajet kita la kan. Korang nak tahu, Traveloka sekarang tengah sale tau! Diorang offer kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera yang bermula 4 September 2018 hingga 10 September 2018. Korang yang dah plan bercuti tu tentu teruja dan tak sabar nak booking tiket flight dengan Traveloka ni

Pembelian segera tu contohnya kalau hari tu ada harga murah dari syarikat airlines yang terlibat, automatik korang akan nikmati lah kupon diskaun tambahan tu sebanyak 8% atau nilaian sehingga RM40 (tertakluk kepada terma dan syarat). Untung kan

Pilih saja destinasi kegemaran korang dan terbang lah pada bila-bila masa antara tempoh 4 - 10 September 2018 yang korang nak. Yang penting ada diskaun yang sangat best giler. Traveloka Sale yang berbaloi baloi seakan-akan Matta Fair 2018. 

Keterujaan dan keseronokan membuat tempahan semasa Traveloka Sale-abration ini sama macam korang pergi pilih pakej pelancongan yang menarik di Matta Fair yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur tu. Bukan selalu boleh dapat ni. Rugi lepaskan peluang. Pasti tidak menghampakan 


kemanakah destinasi bercuti seterusnya?



atau ke Sungai Nil lagi kah kita..bumi timbal balik, kota Musa alaihis Salam dan firaun? sambil mengimbau kenangan hampir sedekad yang lalu? ketika perut masih belum menampakkan kewujudannya..



Apps Traveloka


Satu lagi, korang jangan lupa muat turun aplikasi traveloka dalam smartphone korang tu. Senang nak booking tiket flight dan hotel nanti. Aku pun dah lama download apps Traveloka ni. Taip je Traveloka Book Flight & Hotel. Lepas download tu, dah boleh la mula ushar-ushar dan klik destinasi pilihan korang nak pergi mana. Senang sangat nak guna apps ni

Untuk permulaan, korang plan lah travel korang dalam tempoh 4 - 10 September ni sementara Traveloka Sale-abration sedang berlangsung. Haa tunggu apa lagi korang, nikmati kupon diskaun yang diorang offer tu! . 



Aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel


Kalau tak guna sekarang pun , mungkin korang berpeluang guna apps ni lain kali time nak travel. Cuma perlu alert dengan setiap kali promo dari Traveloka. Banyak kali gak diorang buat sale dalam setahun. Sungguh berbaloi-baloi. Tempah, bayar, dan dapatkan baucar e-tiket / hotel anda dalam masa kurang dari 1 minit!

Korang boleh menempah, membayar, dan mendapatkan e-tiket atau baucar hotel anda dalam masa kurang dari 1 minit! Tidak perlu cetak voucher e-tiket / hotel. Tunjukkan e-tiket atau baucar hotel di App Traveloka korang time nak mendaftar masuk (check-in). Korang boleh mengaksesnya bila-bila masa walaupun anda tidak disambungkan ke internet. Ingat travel, ingat Traveloka! gitu

12 comments:

  1. booking dgn traveloka best ni sbb ada coupon bole dpt diskaun..mmg dh byk kali booking thru traveloka

    ReplyDelete
  2. Baru tahu traveloka dah ada apps yea, Ok nak plan cuti 2019 calender mana??

    ReplyDelete
  3. Selalu kalau nak beli tiket flight memang guna apps traveloka. Cepat dan pantas, pastu ada diskaun pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. org tourism lagi untung travel sana sini

      Delete
  4. Traveloka mmg memudahkan,wowwww abuya jaman muda ke tu heeheee

    ReplyDelete
  5. woww kurusnya . baru nk tegur apesal kurus sangat. hahaha.. ye traveloka memang best kalau nk pergi berjalan... bolehbandingkan harga dia .. dia bgi harga yangmurahhh .. lagi2 kalau ada sale

    ReplyDelete
  6. Best..teringin nak gi gak..

    ReplyDelete
  7. minggu ni minggu matta ni.. sana sini deals hebat2 belaka =D

    ReplyDelete
  8. traveloka will always be my favorite

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.