28 September 2018

RESIPI AYAM TANDOORI MAMAK

Resipi Ayam Tandoori Mamak







BAHAN-BAHAN AYAM TANDOORI MAMAK


- 6 atau 8 ketul ayam yang disingkirkan lemak-lemak yang berlebihan.

- 1/2 cawan atau 125 gm yoghurt asli / Greek-Style. (nestle cawan kecil).

- 2 sudu besar rempah tandoori.

- 2 sudu besar pes halia dan bawang putih dilumurkan kesemua pada ketulan ayam.

- 2 sudu besar jus limau nipis.

- 1 sudu garam masala

- 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih.

- 2 sudu besar daun ketumbar segar yang dicincang halus.

- 2 sudu besar minyak masak. Minyak ini bukan untuk apa..tak bagi melekat bila goreng dengan minyak sedikit.

- 1/2 sudu kecil serbuk pewarna oren merah ..kalar kesukaan mamak. kalau tak ada tambah serbuk kunyit sedikit.

- 1 biji bawang labu bersaiz besar dihiris bulat.

- Garam dan perasa makanan (aji) secukup rasa. Tak mahu aji boleh guna sedikit gula


CARA MASAK AYAM TANDOORI MAMAK


1. Penyediaan Pes Tandoori- 4 sudu besar air stok ayam atau air biasa dengan adunan serbuk tandoori, garam masala, serbuk jintan putih, lada putih dan minyak. 

Masak di atas dapur dengan api kecil dan Jadikan pes.Masukan yoghurt, daun ketumbar dan pes tandoori (telah sediakan) dan garam secukup rasa. 

2 - Masukkan pewarna jika mahu ayam berwarna merah. Gaul sebati adunan ini.Ketulan ayam bahagian tebal daging, kelar sedikit dan tekan sedikit dan masukkan pes campuran garam + serbuk cili dan jus limau nipis. Ini untuk daging yang tebal cepat masak dan juga bahagian dalam daging itu berasa.

3 - Masukkan semua ketulan ayam dalam pes tandoori yang telah sediakan. Tentukan ketulan ayam disaluti dengan baik.Peram selama lebih dari sejam atau yang terbaik semalaman di peti sejuk bahagian dingin.

4 - Panaskan kuali leper tak melekat kalau ada.. kalau tak ada, kuali biasa pun boleh.. masukkan sedikit minyak masak dalam 1/4 bahagian ketulan ayam dan goreng dengan api dapur yang sederhana. 

Jangan hanguskan kerana kita cuma nak keluarkan air ayam yang berlebihan. Goreng dalam 50% masak.

5 - Sementara itu panaskan oven dalam suhu 180 C bersama chargrill plate (plate bakar). Sapukan minyak selaput nipis di permukaan chargrill. Susun hirisan bawang yang dipotong bulat di atas. 

6 - Hirisan bawang ini bukan saja memberi haruman kepada ayam tetapi ia menentukkan pengudaraan baik di bawah ketulan ayam dengan permukaan plate chargrill itu. 

Kadangkala permukaan ketulan ayam akan berair sangat dan bila sejat isi ayam akan melekat. Kalau bakar ayam penuh buat begini.

7 - Masa pembakaran awal ada lah 30-40 minit, selepas itu terbalikan ketulan ayam dengan sapukan pes yang berlebihan itu di permukaan ketulan ayam. 

8 - Bakar kembali dalam 40 minit lagi dan sapukan minyak sekali kala pada ketulan ayam supaya permukaannya tidak kering. 

Tunggu hingga ketulan daging ayam bertukar kepada warna keemasan, ambil seketul cuba potong dan pastikan ia masak dengan sempurna.


KREDIT SEPENUHNYA  KEPADA

Telegram @PeriukKitaResepiKita

3 comments:

  1. sedapnya ayam ni... selalu makan dengan roti nan cheese. hihi

    ReplyDelete
  2. salam singgah. ayam tandoori ni memang berhantu. sekali hadap mesti termimpi-mimpi. hahahaa

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com