25 May 2018

RESIPI SAHUR SIMPLE

Selamat bersahur. Sebenarnya bukanlah nak ajar resipi atau menu berbuka dan bersahur pun. Sebab resipi sahur simple kali ni memang la teramat simple dan cepat disediakan. Cuma nak kabor je aku buat hal apa kat dapur masa sahur semalam dan dua malam lepas.. kih kih. Nescaya ramai yang dah biasa buat resipi sahur simple macam ni

RESIPI SAHUR SIMPLE  : WRAP DAGING 



wrap daging
WRAP DAGING

Bahan-bahan Wrap Daging 


1. Daging kisar Ramly (kalau ikutkan kesedapan, meatball brand Azmy much better, tapi hari tu stok habis di Mydin)

2. Wrap Massimo (wrap ni memang selalu ada dalam peti sebab budak-budak pun suka, masak je lah inti apa-apa yang kena dengan tekak diorang, In sya Allah laris)

3. Salad

4. Telur

5. Butter (lebih sihat dari Planta)

6. Sos cili Thai (terpulang nak masukkan sekali mayonis dan macam-macam sos lain kamu urang suka.. cuma aku je tak suka mayonis, muak.. hehe)

Cara Masak Wrap Daging 

1. Panaskan kuali magic. Masukkan sedikit butter

2. Masukkan daging kisar Ramly. Tak payah nak tumis tumis sangat.. kata simple

3. Untuk seasoning, letak sedikit serbuk lada hitam dan lada putih kalau suka. Kalau taknak masukkan pun takpa sebab daging Ramly tu memang dah cukup rasa

4. Agak-agak daging dah garing sedikit, masukkan telur. Dah masak, asingkan

5. Panaskan wrap selama satu minit

6. Letak daging kisar yang telah dimasak tadi ke atas wrap. Jangan lupa salad sekali. Banyak-banyak sikit, kataa nak makan sayur! Tuang dua tiga empat titik sos cili Thai

7. Makan dengan tenang


yang ini wrap ayam pulak.. ayam tu lebihan lauk berbuka puasa. Daripada membazir, baik buat inti wrap.. Cara buat sama macam wrap daging kat atas




ni pulak moreh..walaupun tak berapa sihat menunya untuk di promote, rasa teringin amat selepas balik terawih dan terjah masjid sekitar ibu negeri.. add-on gulai udang tokma, lebih menambat rasa moreh tersebut.. aagituu

Selamat menjalani ibadah puasa dengan baik dan tenang. Aku dan korang sekali lah

5 comments:

  1. dah bakpe tetiba terselit megi ni hahahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sajo kaksue alang2.. takyoh wat entri moreh doh skali lagi

      Delete
  2. Memang simple sungguh ni... Tapi menyelerakan...

    ReplyDelete
  3. Sedap nmpaknya.. nak try lah sahur nnt

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.