30 March 2018

APPLE YANG DIBENCI

Samsung or iPhone ? Samsung? Euwww... iphone of course. Hehe saje je panas line cuti hujung minggu. Miss khan jangan maraa ye. Tapi kali ni bukan kisah samsung euwww atau apple iphone. Ini kisah epal yang sebenar. Cerita satira tentang epal yang dibenci


Seorang guru telah mengadakan sebuah permainan (game). Beliau meminta para muridnya untuk membawa buah epal yang diisi dalam plastik. Jumlah epal yang dibawa haruslah sama dengan jumlah orang yang dibenci dalam hidupnya. Kalau ada 10 orang yang dibenci dalam hidupnya, hendaklah dibawa 10 biji epal, jika 20 orang dibenci, maka 20 biji epal lah dan begitulah seterusnya. Setiap murid bebas membawa seberapa banyak buah epal yang di inginkan asalkan sama dengan bilangan orang yang dibenci dalam hidup mereka

Keesokan harinya, murid-murid dengan perasaan gembira membawa epal-epal tersebut yang diisi dalam plastik. Ada yang bawa sebiji epal, tiga biji , tujuh biji , sepuluh pun ada! Mereka menyangka guru akan menyuruh mereka makan epal-epal tersebut dengan segera, seolah- olah memakan orang yang dibenci. Yummyy.. namun sangkaan mereka meleset sama sekali. Guru mereka tidak pula menyuruh mereka makan epal-epal tersebut, akan tetapi murid-murid perlu membawanya ke mana sahaja mereka pergi selama dua minggu. Ya.. kemana sahaja, taman, perpustakaan, ke padang ketika bermain, kelas termasuklah jika mahu ke tandas (tingalkan di luar pintu)

Hari demi hari, dua minggu silih berganti. Epal-epal  yang dulunya segar dan ranum mulai membusuk. Lama kelamaan , epal tersebut mula mengeluarkan bau yang menyengat hidung. Murid yang hanya membawa sebiji atau dua biji epal tentunya lebih beruntung berbanding murid yang membawa lima biji atau lebih. Murid yang bawa 10 biji epal hampir pengsan dihari ke sepuluh. Tak sempat menunggu dua minggu tempoh yang ditetapkan guru

Setelah dua minggu tempoh yang diberikan guru, permainan ini tamat. Murid-murid menarik nafas lega. Selesai beban yang mereka tanggung selama dua minggu tersebut. Guru bertanya kepada murid-muridnya ," bagaimana rasanya membawa epal yang busuk selama dua minggu ? " jawapan murid semuanya sama, mereka tidak suka, tak tahan bau busuk, geli dan menyesal bawa banyak-banyak, katanya

Lalu guru sambil tersenyum sinis dan menjelaskan, " seperti itulah keadannya jika kebencian yang selalu kamu bawa di dalam hidup. Semakin kamu memendam kebencian itu, semakin tidak tenang diri kamu. Bukan orang yang kamu benci itu yang akan merasakan kesannya, melainkan diri kita sendiri lah yang semakin menderita menanggung betapa bebannya kebencian lantas merosakkan diri sendiri"

"Sungguh tidak senang bukan jika setiap hari harus membawa epal busuk yang bernama kebencian ke mana saja pun kita pergi? Bayangkan kalau harus membawa epal tersebut itu selama sebulan? setahun? Boleh pengsan, jatuh sakit dan mungkin ditahan wad dalam hospital. Begitu jugalah dengan kebencian, yang akan membuat diri kita tidak tenang hidup. Apa mahu kita membawa kebencian seumur hidup bahkan sampai mati?"

3 comments:

  1. hahah tajuk dia sangat komersial.. #blogwalking here done follow

    ReplyDelete
  2. Pengajaran terbaik untuk anak2 murid

    ReplyDelete
  3. Metafora dan pendidikan yang sangat bagus..

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.