25 February 2018

Spageti Aglio Olio Mudah

Siapa jer yang tak pernah menelan spageti (spaghetti) aglio olio kan, antara menu wajib ada dalam kebanyakan restoran western atau tak western sekalipun. Tapi aku kadang-kadang frust gak makan aglio olio ni sebab dah terkena udang dalam spaghetti tu mentah, tekak jadi loya.. hehe sensitif betul


Pagi tadi saje je buat hal terasa nak goreng aglio olio seafood (udang) ni haa sekaligus boleh buat bekal anak ke sekolah, lagi pun diorang memang suka udang


Sebelah malam dah ready rebuskan spaghetti, buang kulit udang, dan kupas garlic. Bangun esok takde la kelam kabut sangat. Basic spaghetti aglio olio macam yang korang dah tahu iaitu olive oil dan bawang putih, maka sediakanlah semuanya

CARA MUDAH MASAK SPAGHETTHI AGLIO OLIO


1. Panaskan kuali, masukkan 2 - 3 sudu besar olive oil

2. Masukkan bawang putih (setengah labu, ada la dalam 6-7 ulas) yang telah di ricik halus

3. Masukkan udang.. nak masuk ayam, daging, sotong pun terpulang la

4. Masuk dua tiga cubit garam secukup-cukup rasa

5. Masukkan spaghetti. Aku rebus sebungkus, guna separuh sahaja sebab tak muat kuali. Separuh lagi kita masak esok pulak

6. Tak ada stok mix herbs kat rumah. Parsley flakes, oregano semua dah habis. Jadi kita masukkan sedikit sos black pepper, sos masam manis dan serbuk lada hitam. Semuanya lebih kurang sesudu teh

 7. Chilli flakes pun tak masuk. Sayur pun taknak masukkan. Sebab nanti budak-budak tak makan.. haha


Dah siap bekal ke sekolah. Disediakan dengan penuh kasih sayang dan paling lazat di dunia (siapa lagii nak puji kann)

 

5 comments:

  1. Singgah hari minggu :D
    https://theathra.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Saya baru buat beberapa hari yang lepas. heheh. ngidam tu yang rajin buat. hehe

    ReplyDelete
  3. Kita paling suka olio oglio ni..kalau tekak melayu nak tambah cili sikit baru ummphhh

    ReplyDelete
  4. pebret lisa ni.. dap wooo

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.