24 January 2018

MENANG TRIP 4H3M KE MANCHESTER DENGAN DASHING

Syok kan kalau dapat tengok bola di Manchester? Sambil menonton, boleh melancong gitu. Bola sepak sentiasa menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia muda atau tua. Untuk peminat tegar bola sepak, tidak ada yang lebih besar daripada menonton perlawanan bola sepak secara langsung apa lagi jika ia adalah MCFC (Kelab Bola Sepak Manchester City) vs MU (Manchester United). Suasana yang mengujakan, nyanyian kelab, keseronokan, kesakitan atau kegembiraan yang dirasai tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata

Liga Perdana Inggeris adalah salah satu liga bola sepak paling popular dengan jumlah pengikut yang tertinggi termasuklah di Malaysia. Ia benar-benar bagai mimpi menjadi kenyataan untuk semua peminat bola sepak apabila dapat menonton perlawanan secara langsung di salah satu stadium terkenal seperti Stadium Etihad, UK. 

DASHING, jenama dandanan lelaki terkemuka yang memahami adrenalin dan semangat lelaki untuk dunia bola sepak. Dengan ini, DASHING untuk tahun ke-3, telah melancarkan kempen Let's Go Manchester Contest! . Apa yang bakal anda dapat? Yaa... penginapan percuma, 4 hari 3 malam perjalanan balik ke Manchester, United Kingdom untuk 6 pemenang bertuah termasuk lah tiket VIP untuk menonton perlawanan secara langsung antara Manchester City VS Manchester United sebagai hadiah utama dalam Let's Go Manchester Contest! Itulah 4 hari pengalaman makan, tidur dan bernafas di Manchester, Inggeris! 



MENANG TRIP 4H3M KE MANCHESTER DENGAN DASHING
MENANG TRIP 4H3M KE MANCHESTER DENGAN DASHING

Pemenang kempen ini bukan sahaja akan menonton 2 daripada kelab bola sepak terbesar di dunia bertarung menentang satu sama lain dari tempat duduk VIP di Stadium Etihad, tetapi juga termasuk lawatan ke Muzium dan Stadium Bola Sepak Negara seperti Old Trafford, Etihad dan Anfield. Selain itu, terdapat peluang untuk berinteraksi dan meminta autograf daripada beberapa Legenda MCFC. Di samping itu, terdapat Tour Misteri Magical untuk para pemenang di mana mereka akan dibawa ke lokasi yang berkaitan dengan band muzik terkenal, The Beatles. Apa lagi peminat tegar bola sepak mahukan?? best kann

MACAM MANA NAK MENANG LET'S GO MANCHESTER CONTEST?

Apa yang perlu anda lakukan ialah membeli mana-mana produk DASHING atau ELITE dalam satu resit tunggal dan Whatsapp dengan jelas gambar resit , sertakan nama seperti NRIC atau Pasport, nombor NRIC atau Nombor Pasport dan outlet pembelian ke  +6016-9972373. 

Mudah bukan..... tunggu apa lagi korang? Sertai sekarang dan jadilah antara insan yang berdiri di tempat duduk VIP  menonton perlawanan live di hadapan mata anda dengan 50,000 peminat dan DASHING, jenama penjagaan lelaki terkemuka di Malaysia!



Peraduan ini berakhir pada 31 Januari 2018. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari :



atau 

hubungi nombor di  talian 03-80238311.


jomm sembur dashing hari ni..


4 comments:

  1. Wah bestnya kalau menang

    ReplyDelete
  2. Bestnya kalau menang..menang trip ke Manchester tu...

    ReplyDelete
  3. Bestnya kalau menang..menang trip ke Manchester tu...

    ReplyDelete
  4. uuuuuish dapat pergi tengok liveeee tu.. tho tak minat tapi teruja sebab dapat jalan2 tuuuu hehe..

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.