02 December 2017

Cikgu Makan Kat Hotel Pun Kena Kecam, Begitu Sekali Penghinaan Kamu

Belum pun sempat cikgu-cikgu nak bertenang-tenang, release stress sikit bila start cuti panjang akhir tahun, dah kena kecam sebab makan kat hotel. Kononnya guna duit PIBG.. hurmm

Kesian cikgu, asyik terkena je. Dah la cuti pun kena siapkan tuntutan kerja, bermuram durja dengan result upsr dek perubahan sistem KPM pun boleh reda lagi, dah kena hadap kes viral yang tak sepatutnya ni pulak


viral cikgu makan di hotel


Tolong lah, cikgu pun manusia biasa, ada perasaan jugak. Kadang-kadang tak mahu melayan berita viral. Ikutkan hati nafsu amarah, dari minggu lepas lagi nak melatah di media sosial, mujurlah boleh tahan sabar tunggu emosi stabil dulu. Kadang-kadang sebesar-besar jiwa guru tu, terasa lah juga sedikit sebanyak. Begitu sekali hinanya orang nak pandang cikgu macam tu .. kan? Betul-betul rasa terhina

Tak berbaloi pun sebenarnya nak guna duit PIBG semata-mata nak makan kat hotel. Berapa juta sangat lah kalau dapat pun

Cikgu ada kelab guru di sekolah masing-masing. Kumpul duit ikut ketetapan sekolah masing-masing. Duit terkumpul tu untuk jaga kebajikan, bukan hanya guna nak buat jamuan akhir tahun kat hotel. Kalau ada cikgu bersalin, bersara, berpindah, berkahwin, pergi haji, ada waris kematian, ditimpa musibah, duit itulah yang kita guna

Nak buat jamuan kat hotel, kumpul duit sendiri. Raikan diri sendiri jer. Nak harap orang raikan? Hurmm.. lambat lah lagi

Antara luahan rakan-rakan guru tentang kes viral. Janganlah kata guru mengungkit pulak. Sebenarnya bukan nak ungkit, tapi dah orang nak hina sangat, kena lah sebut biar tahu..






Kesian cikgu, bertabahlah wahai kawan-kawan

Respon Menteri Pendidikan :-



Bertabah lah rakan guru 
SK Bandar Seri Putra, tahun depan jom kumpul duit banyak lagi, buat jamuan akhir tahun kat hotel lagi mewah.. jomm!




7 comments:

  1. Kesian cikgu zaman sekarang. Macam2 pancaroba kena hadapi daripada masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa... yang suka kecam tu cer try jadi cikgu... tak payah setahun, bagi 3 hari cukup.. tgok boleh tahan ke tak

      Delete
  2. Ada jugok hok jenis wahi kata kokrang.. puasan sangat laa tu tdok kijean ..nok wak guane doh kalau gtu peel perangai..

    ReplyDelete
  3. Setahu PC dulu zaman sekolah...memang guru-guru ni ada ajk mereka sendiri kutip duit pada semua guru untuk kegunaan khas mereka..sebab guru-guru pun ada aktiviti dan keperluan sesama mereka tanpa melibatkan murid...

    ReplyDelete
  4. Kesian cikgu-cikgu sekarang

    ReplyDelete
  5. Sian cikgu , meh la makang dumoh kite

    ReplyDelete
  6. alahaii...dia nampak tu je..dia tak tau cikgu bertukus lumus buat itu ini

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.