04 November 2017

Selepas 5 Cawangan Giant, 500 Klinik, 23 CIMB , Kini Mona Din Pula Tutup Semua Butik Hajaba


Secara jujurnya, memang aku selalu stalk facebook Puan Mona Din. Pengasas butik jenama Hajaba dan rangkaian produk kesihatan Leesa Formula. Produk berpantang Leesa Formula pernah meletup seiring popularnya Salindah, Sendayu Tinggi dan Nona Roguy di eranya

Aku stalk dan follow Puan Mona Din di fb kerana suka gaya storytelling beliau dan cerita-cerita bisnes yang selalu beliau tulis. Inspirasi gitu

Kini beliau menutup semua rangkaian butik Hajaba. Jom baca tulisan beliau mengapa butik Hajaba perlu ditutup




Pagi ni, tkesan baca berita ni..sesak dada bila fikir tentang ekonomi kita yg makin tenat😢😢

Secara pribadi, saya merasakan perkara ini berlaku apabila bermulanya perlaksanaan sistem GST.

Sebaik ada gst, saya antara industri player yg pertama dpt meramal perkara ini akn berlaku & mngambil tindakan segera unt mngelak kerugian.

Masa tu saya ada few hajaba boutiques di perbagai shopping mall terkenal, di suria klcc, pavillion, bangsar village, alamanda, shah alam mall, sacc, dan byk lagi.

Bila mula kena byr gst, cukup tang part sewa bulanan, ptambahan kos itu saja dah blh buat kita hampir nak pitam .

Bayangkn klu gst satu branch saja dah hampir 4k, dah blh sewa satu lagi kedai shop lot biasa di luar mall kan?

Kalau dah 10 cawangan kena gst?

Dan masa tu pulak, fesyen muslimah dah lebih bsepah dr cendawan tumbuh. Tak cukup semua org juga anak2 muda kita nak buat biz jual online, msia sdg kebanjiran tokey2, penjahit2, penjual2 asing dari india, pakistan & bangladesh. Habis satu masjid india & promo booths di semua hyper markets di conquer depa, mjadikn psaingat terover sengit, dan harga turun merudum !

Those yg bniaga di shopping mall besar, kena byr gst for everythg, tmasuk sewa, dan mcm2 benda lagi, tapi x blh masukkn gst masa jual baju, customers x mau byr, sbb semua kedai2 lain pun x charge gst, kena absorb sendiri !

Dan bila dah absorb, patut nak kena jual brg dgn harga lebih tinggi sikit dr sebelumnya, baru la ok, tapi mana boleh, sbb harga busana muslimah & tudung mencanak turun, semakin murah, sbb di lelong oleh peniaga2 asing yg angkat geng senegara dtg beramai mjahit sendiri lalu mjual dgn harga rendah, di tanah darahku msia.

Dan baju2 moden blouse2 segala yg tgh trending, harga pun sgt murah, mcm main masak2 pulak, semuanya di supply borong dr jakarta & bangkok, 2 pusat paling utama yg mngeluarkn secara pukal.

Kita yg mjahit sendiri di kilang2 di msia, langsung x blh lawan harga, di tambah gst pulak😢

Akhirnya, stelah mcongak2 keadaan semasa & mneropong future, saya tahu ekonomi retail msia esp fashion muslimah akn mjadi sgt tenat, just a matter of time.

So saya & suami ambil kputusan drastik, we want to exit out soonest, sbelum my empire will eat out our cash & savings!

And it took us 2 years to close down all our fashion branches completely. Sbbnya, we have to wait for the contract wt shopping malls to expire. Dan yg masih lama lagi nak habis tempoh, we have to write to them, to pledge to exit, and after many meetings & meeyings, we are allowed to vacant the lot, tapi kena byr denda sikit..tak apa lah, janji dpt tutup, tak pyh pening kepala.

And finally, Alhamdulillah, last year in Oct, we managed to exit fr all malls, relief fr the burdens of gst, dropping of nilai rm, decreasing of sales month to month, kesengsaraan mlihat every mall semakin sepi bkurang pengunjung..

Dan paling saya syukuri, wlu tpaksa tutup Hajaba brand, saya melangkah keluar dr industri dgn penuh klegaan, tanpa mninggalkn sebarang hutang, tanpa lari tutup kedai sebelah mlm, tanpa tidak mbyr gaji pkerja mahupun suppliers.

Saya tutup hajaba dgn penuh bhemah, Alhamdulillah.

Dan kini, saya rasa selesa mnikmati hari2 di umur yg sudah layak bsara, tanpa lagi penat mmikir & mngejar kemewahan dunia. 


Saya just go with the flow, redha dan happy je dgn apa saja rezeki yg saya ada.

Dan saya terus mmerhati dr hari ke hari,, betapa keadaan mjadi semakin sukar kpd ramai peniaga.

Saya hanya mampu mdengar rintihan mereka2, kwn2 baik saya, yg masih dlm industri, dgn penuh rasa mngerti, dan sgt bersimpati.

Ramai dr mereka yg setiap bulan mengalami kerugian, jumlah kutipan sales tidakpun cukup nak byr sewa & gaji pkerja, sedang stok baru tetap perlu ada, klu tidak langsung customers takkan mjenguk ke butik...lalu semua itu perlu mnelan belanja, duit dr savings sendiri, sedihnya...

Dan saya sendiri, wlu ada bberapa jenama yg masih bhutang dgn saya atas bberapa urusan semasa bbisnes fesyen, yg dahpun hampir mmasuki 2 tahun ttunggak, saya masih tidak sampai hati unt mngejar bayaran sepenuhnya.

Kata saya pd mereka, bayarlah sikit2 bila ada untung, insyaAllah klu ada rezeki saya, takkan ke mana...

Untuk rakan2 saya yg masih bbisnez di luar sana, esp di mall, berjuanglah, bjuanglah, bjuanglah, andai itu saja pilihan yg anda ada.

Semoga Allah pmudahkn semua perkara untuk kita semua...amiin

Sumber : MONA DIN




Itu luahan dari sisi seorang peniaga. Tauke besar tu. Tak usah la nak timbal balik, puan mona din mencari alasan dan menyalahkan GST dan pihak lain. Ye, saingan memang sengit. Zaman dah berubah. Tapi wabak GST memang menjadi antara punca utama beliau menutup Hajaba. Korang yang duk kecam tu, positif sangat la kan... mesti suka sangat GST, kann. Positif positif jugak, tapi biarlah bertempat oiii!






Ermmm hairan juga kan, kata sang rejim penguasa, ekonomi kita meningkat dan makin maju. Sebenarnya.... entahlah. Realiti yang boleh dilihat di negeri Terengganu sendiri, hampir semua shop lot di food court Mydin Mall Gong Badak yang dulunya meriah sudah lama tutup. Yang tinggal hanya kedai nasi ayam dan kedai mamak. Kini, banyak shop lot di Giant Gong Badak pula juga bungkus.

Itu belum lagi di kedai-kedai kecil yang lain


5 comments:

  1. SLMT BERHUJUNG MINGGU JGN BNYK BERFIKIR BERAT CIKGU STRES JADINYA

    ReplyDelete
  2. selain gst, lambakkan produk dari luar & kos penghasilan yg tinggi pasti ada sebab lain yg terlepas pandang.
    ce intai geng first lady & noor arfa, apa khabar mereka sekarang?

    ReplyDelete
  3. 2016 besi buat rumah 1800/-. 2017 2800/-. Bayangkan. Bayangkan. Bayangkannnnnn.

    ReplyDelete
  4. salam singgah dan follow :)

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.