27 November 2017

Luahan Guru Mengenai SKPMg2

Ermm.. entahlah. Kadang-kadang aku keliru tugas guru atau kerani? Di kala ini, saat cuti akhir tahun sudah bermula, aku pasti ramai dalam kalangan rakan-rakan guru seluruh negara yang dikerah menyiapkan eviden segala eviden untuk Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)

Pembuat dasar hanya duduk di kerusi empuk lagi mewah nun dalam bilik berhawa dingin di Putrajaya. Yang letihnya? pelaksana dasar yang entah berapa kali berubah-rubah apabila berubahnya menteri

Bukan lah mahu merungut atau mengeluh dengan bebanan tugasan, tapi agak-agak lah.  Lebih sadis ada rakan-rakan guru yang bertugas sebagai pengawas SPM, terkejar-kejar kembali ke sekolah sejurus tugasan pengawas SPM demi menyiapkan sekalian banyak eviden yang diperlukan untuk SKPMg2 ini. Balik rumah? entah jam berapa!


parodi

Jom baca luahan rasa rakan-rakan guru yang ditulis dalam komen facebook Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mahdzir Khalid. Yang melaluinya sahaja akan faham. Korang yang duk kondem tuu cuba jadi cikgu sekali tengok!













Mujurlah ada pengumuman terbaharu dari Menteri Pendidikan. SKPMg2 akan ditangguh ke tahun 2018. Ia sedikit sebanyak melegakan sesak dada dan nafas. Sekurang-kurangnya di musim cuti akhir tahun ini

1 comment:

  1. Kesian cikgu-cikgu.
    Cuti2 pun kena pegi sekolah, rupanya kena cari eviden
    Eviden2 tu boleh bagi budak2 jadi pandai ke.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.