Keputusan UPSR 2017 akan diumumkan pada tarikh 23.11.2017 iaitu pada hari Khamis. Hari terakhir persekolahan sessi 2017 bagi sekolah-sekolah di negeri kumpulan A
Tarikh keputusan UPSR 2017
KEPUTUSAN UPSR 2017
Calon-calon UPSR 2017 boleh datang ke sekolah masing-masing untuk mendapatkan transkrip keputusan UPSR 2017 bermula pada pukul 10.00pagi pada hari keputusan UPSR 2017 diumumkan
Semakan Keputusan UPSR 2017 Guna SMS
Taip:
UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan
SMS ke 15888
Contoh:
UPSR T4001A036 sms ke 15888
Semakan melalui SMS ini akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi, Khamis, 23 November 2017. Ia akan tamat pada pukul 6 petang pada hari Rabu, 29 November 2017
PEKELILING BAHARU KPM : FORMAT PEPERIKSAAN PUSAT UPSR
Format baharu UPSR ini diperkenalkan bermula tahun 2016
SECARA RINGKASNYA , FORMAT BAHARU PEPERIKSAAN BERPUSAT UPSR (10 point penting) ialah :-
1. Keputusan UPSR tetap ABCDE sahaja seperti sebelum ini
2. Gred ABCDEF digunapakai hanya untuk penilaian PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
3. Keputusan UPSR 100% dari Lembaga Peperiksaan
( Format 40% dari sekolah , 60% dari Lembaga Peperiksaan yang diwartakan sebelum ini terbatal sepertimana dalam surat pekeliling tersebut)
4. Keputusan PBS 100% dari sekolah
5. UPSR kini 6A ( 6 kertas )
6. PBS mempunyai 3 komponen iaitu :-
- Penilaian berasaskan sekolah
- PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum)
- Ujian Pesikometrik
7. PBS dinilai untuk semua subjek teras dan elektif kssr
- penilaian berdasarkan TAHAP PENGUASAAN dari template data offline
8. Calon UPSR bermula tahun 2016 wajib terima 2 keputusan (sijil) :
1. UPSR - 6A
2. PBS ( 3 komponen)
9. Kertas 2 Matematik mempunyai 15 soalan dengan 60 markah ( masa 1 jam)10. Kertas 1 Matematik tetap 40 soalan dengan 40 markah. Matapelajaran Sains juga kini mempunyai 2 kertas soalan
Senang je nak tau result upsr zaman sekarang ye
ReplyDeletesemoga berjaya mendapat 6A kepada semua murid2 yang mengambil upsr tahun ini
ReplyDeleteDah keluar dah ke result upsr.. cepatnye....mesti adik2 yang ambil upsr tak sabar kan
ReplyDeleteDebaran untuk mereka yang mempunyai anak UPSR ni...semoga berjaya
ReplyDelete