30 October 2017

Selamat petang. Hi tea kat mana petang ni? Alaaa ni kan hujung bulan. Minum petang tak boleh acah mewah-mewah berbeli kat kedai sangat. Bonus bajet 2018 dapat bulan januari. Gaji pun lambat lagi..hehe. Apa yang boleh dimasak dengan cepat dan menjadi kegemaran anak ialah roti celup telur ni ha



Rasanya ramai je yang selalu buat gini kan. Lebih-lebih lagi bila roti dah hampir tamat tarikh luput sedangkan roti tu masih banyak. Apa lagiii... roti telur la jawabnya. Atas kreativiti masing-masing la nak mengolah ikut style sendiri


RESIPI ROTI TELUR

(nak jugak tulis resipi kann walaupun senang. Ni style abuya la ehh. Jangan komplain)


Bahan-bahan :-

1- Roti bata (potong sendiri) 
2 - 5 biji telur
3 - Bawang goreng
4 - Minyak sapi (kadang-kadang taruk mayonis... ehh suka hati lah)
5 - Serbuk lada hitam (kadang-kadang ada juga masukkan serbuk lada putih)
6 - Garam secukup rasa




Cara masak :-

1- Bancuh telur dengan semua bahan, bawang goreng, minyak sapi, serbuk lada hitam dan garam

2 - Potong roti bata. Jangan terlalu nipis. Ala-ala saiz macam orang buat roti titab atau roti telur goyang tu haa dah ok

3 - Celup roti ke dalam bancuhan telur

4 - Goreng di atas kuali 



Bancuhan telur yang lebih tu boleh goreng buat scramble egg. Makan bersama roti celup telur tadi. Hurmm lagi berganda keenakannya

inilah nasibnya..

2 comments:

  1. Sedap..tak membazir roti dan mengenyangkan...alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. apasal la mula2 baca terbaca roti celup tepung hahahahaha apapun sedap doh tu hahahha

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN