01 October 2017

Antara kelebihan mengajar di sekolah kampung ialah dapat kenal dan merasa juadah tradisi lagi unik di sesuatu tempat. Antaranya lemang periuk kera. Dan dikira beruntung jugak jika boleh belajar dan mengetahui resipinya sekali contohnya seperti resipi lemang periuk kera sedap ni. Dah alang-alang selalu order (kadang-kadang dapat free..hehe) dengan orang kampung sini, aku mintak la sekali resipi lemang periuk kera dia tu. Manalah tahu lepas ni nak buat sendiri. Daripada rasa sebenarnya dah boleh agak. Bahan-bahan pun mudah didapati dan senang dibuat

Mula-mula nampak dan tahu rupa macam tak boleh nak makan sangat. Macam pernah dengar atau tertengok dalam tv fasal periuk kera ni. Ingat-ingat lupa gitu. Ada sebut ketupat, ada yang sebut lemang. Sekali test makan, hurmm menakjubkan lah jugak. Bila dah kerap kali makan, rasa lebih sedap dari lemang buluh. Di cicah dengan rendang, gulai, susu atau enak dijamah begitu sahaja

RESIPI LEMANG PERIUK KERA


Bahan-bahan Lemang Periuk Kera

1 - Periuk kera (untuk yang pertama kali dengar, ini bukan macam periuk belanga, kuali atau kendi tu. Ia sejenis tumbuhan/pokok yang tumbuh di celah hutan)

2. 1 kilogram Beras Pulut ( Hidangan untuk 12-15 orang, boleh buat jamuan). Sekilo beras pulut cukup untuk lebih kurang 50 biji lemang periuk kera

3. 1/2 kg santan kelapa (lebih kurang 2 biji kelapa, kalau nak mesin sendiri)

4. 1 sudu gula sesedap rasa dan garam

5. Pengukus untuk mengukus (jangan tanya kalau nak masak dalam Noxxa sebab kita tak berkenan sangat nak masak dalam tu.. haha)

lemang periuk kera sedap



Cara Masak Lemang Periuk Kera


1. Bersihkan periuk kera dan keringkan

2. Basuh beras pulut dan toskan

3. Rendam beras di dalam santan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Rasa lah santan tu di hujung lidah biar ada masin-masin lemak sikit cukuplah. Rendam selama 20 minit

4. Masukkan adunan ke dalam periuk kera

5. Kukus selama 20 minit

6. Hidang dengan penuh rasa kegembiraan

sedia untuk dikukus


time ni dapat free.. mestilah suka

hasil kutipan periuk kera di hutan


ehh.. macam lain je pulut ni! .. hehe sebenarnya abuya dan pulut memang tak dapat dipisahkan. Bagai isi dengan kuku. Memang susah nak tolak kalau dihidang

5 comments:

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN