27 October 2017

Menangislah Wahai Mata Pendosa



Terberkati lah mata yang menangis 
kerana ingat Sang Kekasih..
Dan terberkati hati yang tersulam dalam cinta-Nya

Kerana... jikalau bayi tidak menangis, 
air susu tidak mengalir dari dada ibu

Dan selama awan tak menitiskan air hujan, taman tak akan menghijau..
Dari tangisan awan...taman menjadi hijau

Dan sebanyak mana lilin menangis, sebanyak itulah bertambah cahayanya

Dan jika air mata pendosa mengalir dalam sedihnya....
Allah samakan air mata itu dengan darah syuhada

Menangis dan meratap adalah harta berlimpah..
Ampunan-Nya adalah rahmat nan agung

Harta dunia adalah emas dan perak...
Bekal di sisi Allah adalah cinta di kedua mata yang menangis




Syair Maulana Jalaluddin ArRumi, penyair tersohor dan tokoh sufi berpengaruh di zaman kegemilangannya


1 comment:

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.