25 October 2017

Bila Shah Rukh Khan Jadi Hamba


Dulu pernah tengok cerita shah rukh khan berlakon, jadi hamba kepada amrish puri yang selalu menjadi membawa watak antagonis dalam filem hindustan. Shah rukh khan dilayan sebagai hamba abdi walaupun sedari kecil dia telah menabur khidmat dan jasa dengan penuh kesetiaan kepada amrish puri. Ingat-ingat lupa cerita tu, tapi antara scene kehambaan tu ketika amrish puri mahu turun dari kenderaannya, shah rukh khan siap tadah tangan untuk tapak kaki amrish puri, sebelum kaki amrish puri jejak tanah, kakinya harus memijak di atas tangan shah rukh khan terlebih dulu. Sungguh pun amrish puri yang jahat ini membela shah rukh khan sejak kecil, tapi dia dilayan seperti hamba abdi

Apabila orang bertanya kepada amrish puri siapakah lelaki ini (merujuk kepada shah rukh khan) , dengan angkuh dijawab "dia adalah haiwan kesayangan saya yang paling setia." . Shah rukh khan sentiasa didera dan dipukul. Dia juga bisu kerana telah dimasukkan arang ke dalam mulut semasa dia kecil. Amrish puri menyukai si hamba ini kerana dia mempunyai banyak kemahiran dan kuat. Hamba abdi itu ( shah rukh khan) mempunyai jiwa yang lembut, taat kepada tuannya tetapi sering berada di tempat yang salah pada waktu yang salah





KERJA HAMBA HANYA UNTUK TUAN


Begitulah juga manusia ini yang patut menyedari hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang patut taat , tunduk, patuh merendah diri kepada Sang Tuan Yang Maha Agung. Hamba yang dicipta untuk melaksanakan segala perintah Allah, meninggalkan segala larangan Allah. Kerja hamba hanyalah untuk Tuan. Kalau lah manusia itu sentiasa sedar dirinya hanya lah hamba kepada Allah, nescaya tidak berlaku  kerosakan di muka bumi ini. Tak ada seorang pun sanggup melakukan dosa dan melawan perintah Tuan!

Bayangkan jika Allah benar-benar terus menunjukkan kemurkaanNya secara langsung jika para hamba melakukan kemungkaran dan mengingkari perintahNya. Dosa sikit ditimpa bala, dosa sikit ditimpa musibah, tak solat je dah kena sambar petir, sekali melakukan zina terus mati, sekali mencuri terus cacat anggota badan, berbohong, memfitnah dan mengumpat ajer nanti ditimpa bala jadi bisu. Mahu begitukah wahai manusia-manusia para hamba Allah  sekalian?  

Tetapi... Tuan kita tidak begitu kan. Tuan kita tidak kejam untuk berdendam, tidak zalim untuk membalas. Dia sangat lah Maha Mengampun. Dia Kaya dengan sifat Maaf. Maha  Kaya dengan sifat Belas Kasihan. Allah sangat menerima taubat setiap kali manusia meminta walaupun seringkali atau beribu kali manusia mengulangi kesalahan ... kan

Baiknya Allah


3 comments:

  1. thank you for this entry...

    ReplyDelete
  2. Betul sangat-sangat...tapi mengapa masih ada yang tidak balas kasih satang Allah dengan mencintaiNYA.

    ReplyDelete
  3. lakonan shah rukh khan memang menjadi dalam filem ni.. Filem lain pun memang mantap lagi2 kalau bawa watak sedih..

    Fuh entri yang penuh manfaat. terima kasih sebab kongsi

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.