Di antara alamat tanda kesabaran yang tinggi ialah menahan lidah dari mengeluh, komplen atau merungut. Di kala adanya sesuatu yang tidak disukai terjadi atau tak kena dengan nafsu dan saat itu kita mampu menahan lisan dari mengeluh, itulah antara ciri sabar. Begitu juga sebaliknya
Mengeluh dan merungut sebenarnya susah. Bersyukur itu lebih mudah. Hari-hari merungut sahaja pun lama-lama menampakkan ketuaan wajah. Lama kelamaan dibimbangi penyakit menyinggah. Nau'zubillahi min zaalik. Marah dan bermuram durja memerlukan banyak urat-urat dan kedut-kedut di muka dikeluarkan untuk dilaksanakannya. Sedang bertenang-tenang, rileks, senyum, sabar, bersyukur hanya memerlukan beberapa kedut sahaja di wajah untuk ia terjadi. Nak awet muda lagi harus cuba VIVIX
In sya Allah, masih banyak hal dalam hidup untuk disyukuri berbanding keluh kesah. Mengeluh itu nampak je mudah dilakukan. Tapi sebenarnya ia menyusahkan dan memenatkan. Menyusahkan diri sendiri dan orang sekeliling yang mendengarnya. Rimas lah! Stop complaining!
Macam si kak ngah ni haa. budak kecik banyak komen. Rasa macam nak cubit jer mulut dia tu. Abuya tengah kacau tepung nak buat jemput-jemput (cekodok bilis), dia sibuk panjat kerusi nak bertempek. Pastu komen jemput-jemput tak sedap, buat jemput-jemput bukan macam tu laa, jemput-jemput lain la, jemput-jemput pesen baru laa. Bersyukur sikit dapat abuya suka buat jejemput, tahu tak haa
Kak ngah tolong abuya ya..huhu..gantikan keluhan dgn istighfar..
ReplyDeleteBetul tu, mengeluh menyebabkan kita selalu stress dan nampak tua.
ReplyDeletebersyukurlah dan sentiasa senyum.