Kali ini tentang rasa. Rasa ingin didengari dan diakuri. Rasa keakuan yang tinggi bila butir-butir kata tersembur dari manis bibir yang kadang kala bertanam tebu, kadangkala berhempedu
Rasa keakuan itu meronta-ronta dari dalam benaknya dada dan getar suara, meminta-minta sang pendengar agar dengarilah aku, fahami ceritaku, patuhi bebelanku, akurilah leteranku, rasailah sakitnya kisahku
Bukan kamu sahaja yang punya 1001 cerita. Bukan perit hidupmu sahaja yang perlu insan lain turut rasa. Bukan amarahmu sahaja yang orang lain perlu fahaminya. Bukan suaramu sahaja orang terpaksa hadam dan dengar. Duduk semeja usah monopoli, dunia ini bukan tentang kamu sahaja. Bukan fasal apa rasa kamu sahaja. Kamu ingat kamu siapa?
Belajar lah untuk menjadi pendengar setia. Beri insan lain peluang untuk berkongsi kisah mereka. Mereka juga punya banyak cerita. Banyak rasa. Semakin kamu cuba untuk mendengar, semakin itulah kamu akan didengari, dirasai dan didekati. Mendengarlah untuk didengar
Semakin anda cuba untuk terus terpekik, terjerit, bertempik bingit, semakin itulah anda akan dijauhi... dan mungkin dibenci. Semakin anda memaksa-maksa orang lain untuk dengari anda, semakin itulah anda akan tidak didengari. Percaya ini
setuju tu... ada masanya kita kena jadi pendengar pula...
ReplyDeleteMama setuju sangat. Byk perkara x boleh dipaksa2
ReplyDeleteSeriously betul apa yg dinyatakan..
ReplyDeleteKena selalu beringat sbb kadang2 volume terkuat, huhuhu