26 June 2017

Alohh laa wehh.. dah raya kedua baru nak wish dalam ni ye. Semalam sibuk beraya la sangat, kan. Raya campur makan itu ini sampai perut sebu . Berat sebelum bulan puasa pun dah cover balik ni rasanya..kihkih. Kataaa raya, mana boleh tak jamah ketupat rendang, dan sambal ikan mak. Ye dak

ni nak pergi beraya kekdahnya.. feeling feeling outdoor photoshoot dengan sinematografi pokok hutan rimba.. kononnya laa



Pak saudara, mak saudara, sepupu sepapat dan anak-anak kecil diorang. Ni lah sebahagian keluarga besar sebelah arwah ayah di Kampung Raja, Besut. Tu pun ada yang tak masuk korum lagi. Sebahagian besarnya dipenuhi anak-anak sepupu sepapat yang masih kanak-kanak. Yang tak kenal pun ada lagi sebab setiap tahun ada je ahli bertambah


Biasalah juadah raya.. kambing perap periuk noxxa tu menu last iftar malam raya.. kitorang memang hantu kambing

sambal ikan legend home made oleh mak.. dimakan bersama nasi himpit dan kuah kacang, baru lah rare


Dah cemuh dengan menu raya, rasa nak pekena lauk biasa aje, mak buatkan kari ikan meletop sebelah malamnya



Khalef, kebanggaan abuya ni sorang rileks je. Time semua orang duk riuh rendah untuk acara bersalaman dan ambil gambar family, dia elok je lena diulit mimpi

TaqabbalAllahu minna wa minkum. 'Eid sa'eed mubaarak. Kullu 'aam wa antum bikhair. Selamat hari raya untuk semua. Maaf zahir dan batin

2 comments:

  1. selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir batin...tudiaaa meriah kotttt

    ReplyDelete
  2. sukalah tema kaler biru2 cemni.. tahun ni kelabu hahaha sebab tu je ada size =D

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Top Commentators Ramadhan 2017

backlinks

ping blog Backlink - OhDunia.my

FREQUENTERS

Popular Posts

Blog Archive

PALS

G+

BLOGGERS SEPERJUANGAN