30 June 2017

Jumu'ah Mubaarakah. Selamat petang di Jumaat pertama Syawal 1438 H dan terakhir untuk bulan Jun. Sedar tak sedar pejam celik pejam celik dah habis setengah tahun untuk 2017 ni

Azam awal tahun korang setakat ni dah tercapai ke belum? Yang nak kurus sangat tu dah berapa kilo turun?Heheh

Ermm tak lama lagi musim haji, musim mengundi PRU 14 dan cuti akhir tahun dan banjir. Sedar sedar dah masuk 2018

Ok laa... tadi scroll down punya scroll, baru perasan ada entri pending ni. Tertangguh sejak awal Ramadhan tempoh hari lagi. Entri secebis susunan hadiah-hadiah kehidupan. Nak post sebulan lepas dah, tapi bulan bulan puasa kasi can kat entri resipi dulu, kononnya la

Bulan puasa dua minggu awal tu kebetulan cuti persekolahan pertengahan tahun. Jadi ambil peluang seminggu untuk berpuasa di rumah mak. Bila balik kampung tanah tumpahnya darahku itu, maka kali ni tekad dah berniat sekali nak kemas-kemas sikit barang-barang lama aku yang bersepah dan sumbat tangkap muat je sampai penuh almari bilik. Tak cukup dalam almari, bawah meja solek

Barang-barang nak kemas kali ni ialah semua hadiah-hadiah dari anak murid sempena hari guru setiap tahun. Bayang la selama 7 tahun, satu gobok dah padat dengan hadiah diorang ni. Sebahagian besarnya memang tak digunakan, tak dibuka pun lagi pembalutnya pun ada. Memang nak kekalkan begitu sampai la ke tua, In sya Allah kalau panjang umur

ni antara hadiah anak-anak didik masa sambutan hari guru tahun ni. Setiap tahun memang penuh bonet kereta dengan hadiah ni semua

sebahagian besar hadiah yang telah diangkut dari dalam bilik nak dipindahkan ke dalam almari buku


Sebenarnya, kita takde la mengharapkan sangat semua dapatan hadiah-hadiah ni. Tak ada kempen bagi hadiah pun. Tak ada arahan pekeliling dan wajib pun. Apatah lagi memikirkan susah penat diorang nak cari hadiah ni semua. Tambahan pula majoriti anak-anak didik bukan orang senang. Mak ayah kebanyakan kerja sendiri

Tapi mungkin jadi satu budaya dan kedai-kedai RM 2, kedai cenderahati, Mydin dan lain-lain memang giat promosi sempena hari guru ni semua, diorang pujuk mak ayah diorang belikan

Dalam kalut-kalut mengemas dan menyusun tu, terjumpalah satu hadiah comel ni. Kecil sahaja tapi bermakna. 

olololohh

Siap dengan coretan yang dibuat ala ala buku 555. Ucapan syahdu sekali.Terasa dihargai gitu. Masa hari guru haritu tak senpat belek. Ni baru nak baca. Budak ni baru darjah dua. Tulisan boleh tahan laa kan..hehe. Terima kasih la

2 comments:

  1. Saya juga didik anak saya beri hadiah pada cikgu bila tiba Hari Guru... Bagi saya pengorbanan dan jasa guru memang tidak dapat terbalas sampai bila-bila...

    ReplyDelete
  2. Pandainya anak murid ustaz nizam menulis kata2 selamat hari guru...benarlah hanya secebis ayat itulah buat hati kita sebagai pendidik rasa sangat dihargai...byk betul rezeki ustaz...7 thn tu simpan woww

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Monthly Top Commentators

backlinks

ping blog Backlink - OhDunia.my

FREQUENTERS

Popular Posts

Blog Archive

PALS

G+

BLOGGERS SEPERJUANGAN