05 June 2017

Menu Berbuka Puasa Di Kampung

Balik kampung kan, selain leteran mak (haha), memang tak sah la kalau tak rasa air tangan mak. Kadang-kadang memang mak sendiri yang masak sesuatu menu berbuka puasa tu sepenuhnya. Kadang-kadang mak prepare siap perapan atau bancuhan dan kakak yang selesaikan selebihnya perjalanan sesuatu menu berbuka puasa tersebut

Contohnya kalau buat kerabu, memang kena air tangan mak seratus peratus. Kalau orang lain cuba sentuh, memang tak jadi laa.. Ada je kurengg sana sini dan jadi lain rasanya. Kalau masak gulai pulak, boleh laa mak sediakan perapan dan bancuhan dan aktiviti menggulai diserahkan kepada orang lain

Antara menu berbuka puasa di kampung yang sempat di snap, ni haa


Tomyam Poktek (tomyam bersantan)

Kerabu Kerang paling win.. teringat-ingat dalam mimpi

Sayur Campur.. tambah bebola ikan home made, gentel sendiri

Gulai ayam

Telur puyuh... makan dengan nasi kerabu

Durian Siam... dari Golok punyaa

Jeruk bawang putih... juga makam dengan nasi kerabu

Menu wajib setiap kali keramaian... cocktail buah-buahan


Gulai kambing.. campur buah ara


Ada dalam ni resipi koktail je la.. Lain-lain kalau rasa terliur, sila google..hehe

7 comments:

  1. Lamanya tak minum cocktail tu...terasa nak buat pulak..

    ReplyDelete
  2. Alaaaa...nak la resepi kerabu kerang ngan gulai ayam tuh....

    ReplyDelete
  3. Gulai kambing tu kan .. kalau kat kampung mertua kekya pon mmg selalu nampak org letak buah ara..

    ReplyDelete
  4. semua sedapp...ala dah jadi lapo balik hahaha

    ReplyDelete
  5. unni x makan duriam.. tapi gulai tu nyummy!!!

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.