Bulan-bulan puasa ni kalau boleh taknak lah membebel sangat. Tapi bila balik dari bazaar Ramadhan yang satu ni (lokasi dirahsiakan), macam nak angin jer satu badan.. kahkah. Rasa frust bercampur baur dengan ralat dan sedih
Petang semalam abuya pergi bazaar dengan kakak baheja. Biasalah budak- budak nak itu nak ini. Antara yang menarik perhatian ialah roti john. Abuya pun tertarik dengan roti john yang di display oleh penjual tersebut (tak sempat ambik gambar roti john yang display tu sebab expect akan dapat seperti mana yang ditayangkan)
Roti john yang di display tersebut sangat menyelerakan. Nampak penuh isi daging campur sayuran kat tengah roti. Aku beli sebab nampak daging penuh tu
Gambar google. Macam ni la lebih kurang roti john yang penjual tersebut display
Tapi... ku sangka kan panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Bila sampai rumah, time nak berbuka puasa, dengan excited nak makan roti john..
daging mana daging?
Mengucap panjang. Hurmm kecewa sungguh rasanya. Inti tidak seperti yang ditunjukkan kepada pelanggan, hanya kubis di tengah, daging dalam telur sahaja hanya boleh dibilang dengan jari dan telur pun tak rasa sangat.. ko rase?
Ni bukan bab tak bersyukur atau tak ingat kat mangsa-mangsa kebuluran dan kelaparan pulak ye (sebelum kena kecam baik cakap awal-awal). Itu bab lain. Ini dah macam ambil kesempatan dan ada unsur-unsur gharar (menipu dalam jual beli)! Giler tak hangin aku.. Kita kemain la mengidam roti john daging sedap
Nak berniaga makanan, biarlah masak macam nak makan sendiri dan layan pelanggan biarlah seperti diri sendiri mahu dilayan. Bukan melepaskan batuk di tangga je. Arghh.. frust.. frust
Syabas dan tahniah buat peniaga yang jujur dan ikhlas dalam jual beli makanan di bazaar. Kita ni kalo nak beli biar lah macam mahal sikit (bayar lebih) pun takpe asalkan puas hati dan berbaloi. Bukan nak berkira sangat
Selamat berbuka puasa

Hishhh.. Bulan pose pun nak aniaya pelanggan... Hurmmm
ReplyDeletehehehe, memang. Nak membeli kat bazaar ni kena alert juga. pernah terkena beli murtabak daging, dapatnya 'murtabak bawang', korek2 cari daging secebis pun tak jumpa. So mmg pangkah dah kedai tu, cari sampai jumpa peniaga yang jujur.
ReplyDeleteSA mmg takkan beli makan di bazar ramadhan...sebab tu rela masak..biarlah org ckp SA kuno ke apa..sebab hasilnya mmg mengecewakan
ReplyDeleteHuhuhuhu bab2 roti john tak cukup bahan ni mmg sinonim di bulan ramadhan..tak tau laa apa kes diaorang yg jual ni kan macam.kedekut benar nak ltak bahan..kadang2 macam kejam pon ada..sikit beno bahan2 yang ada kat dlm tu .. harga pandai pulak nak jual mahal2...
ReplyDeleteselalu kena...sebab mereka dah siap-siap bungkus
ReplyDeleteSabarlah nak buat camne, harga barang naik. Dorang yang berniaga pun macam tersepit. Miza pun pernah alami situasi ne
ReplyDeleteHaaa betul tu...mahal takpe asalkan berbaloi. ni dah la mahal tapi rasa makanannya tak berapa helokk
ReplyDelete